Friday, September 9, 2011

I LOVE YOU, MAN - lappy

+I LOVE YOU, MAN+
2009
-
+GENRE+
komedi/drama
-
+TENTANG+
I LOVE YOU, MAN mengisahkan tentang seorang lelaki, PETER KLAVEN yang tidak mempunyai kawan lelaki dan mahu mencari kawan lelaki sebagai pengapit di hari perkahwinannya
PETER KLAVEN merupakan seorang pekerja di DAVIS DUNN REALTY OF CALIFORNIA dan telah melamar teman wanitanya, ZOOEY yang baru 8 bulan bersama
lamaran PETER telah diterima ZOOEY dan ZOOEY telah memberitahu kesemua kawan baiknya tentang perkara ini
PETER telah terdengar kata-kata tunangnya dan kawan-kawan tunangnya tentang dirinya yang tidak mempunyai kawan lelaki dan telah berusaha mencari kawan lelaki
PETER telah berjumpa dengan adiknya yang juga adalah seorang gay
mahu belajar cara terbaik mendapatkan kawan lelaki
dan adiknya telah mengajarnya supaya mencari yang berkenan di hati dan ajaklah lelaki tersebut untuk minum-minum lepas kerja atau makan tengahari kasual dan bukan makan malam serta menonton wayang
di masa yang sama, adik PETER telah mencarikan seorang teman buat abangnya lepak
juga ibu PETER telah mencarikannya seorang teman lelaki untuk dia berkenalan
dan PETER sendiri berusaha mencari teman di laman sosial FRIENDFINDER.COM
teman yang diberikan oleh adiknya merupakan seorang yang memualkan dan menyampahkan
dan teman yang diberikan oleh ibu pula adalah seorang gay
manakalan yang PETER cari melalui laman web pula adalah seorang yang lanjut usia
PETER telah secara tidak sengaja bertemu dengan seorang lelaki, SYDNEY FIFE ketika sedang menganjurkan rumah terbuka
kejujuran SYDNEY telah membuatkan PETER mahu lepak bersamanya lagi
makanya bertemulah mereka lagi lepak dan berseronok
dan pertemuan mereka telah menjadikan mereka rapat dan sahabat baik
sehingga PETER sanggup meminjamkan 8k kepada SYDNEY
hubungan mereka yang rapat ini telah membuatkan ZOOEY terasa dan mereka bergaduh
PETER menjadi bengang dengan SYDNEY apabila melihat dirinya di setiap billboard dan iklan2 merata tempatnya dan mahu berhenti berjumpa dengan SYDNEY
sehinggalah di hari perkahwinan PETER dan ZOOEY, PETER telah memanggil kesemua pengapitnya tetapi bukan SYDNEY
namun ZOOEY sendiri telah memanggil SYDNEY memandangkan dia tau PETER terlalu merindui SYDNEY
dan akhirnya PETER telah mempunyai 8 bestman dengan SYDNEY sebagai terbaiknya
-
+BEST+
pendekatan mencari kawan lelaki yang dihighlightkan
watak utama lelaki yang memang best lah
jalan cerita yang ada jalan cerita
-
+WORST+
takde kowt yang worst
-
+ULANG TENGOK!?+
dah berulang2 kali tengok
-
p/s: I LOVE U TOO!!

No comments: