Tuesday, May 31, 2011

19 MEI 2011 - PSIKOPUTOSSAMBONG

isu menjadi2
hingga yang ADA di TIADAkan
hingga yang SAMBUNG di PUTOSkan
dan ketika ini
PERASAAN itu SUDAH MATI
MATI!!
MATI dan TERUS MATI
tapi
masih MENCUBA mengHIDUPkannya
-
hari ini merupakan hari PAKWE patut pulang
SANGAT PATOT
but masih tertangguh akibat apa??
akibat MAHU CUBA MENGHIDUPKANNYA KEMBALI
-
PAKWE muke mcm jebon je sehari nie
walau dibawak lunch kat MANHATTAN FISH MARKET, MIDVALLEY
maybe sebab apa yang telah terjadi sangat KUAT terpahat
sampai membuatkan seluruh otot2 PAKWE berfikir
-
but petangnya kitorg ke eCURVE mau layan PIRATES OF THE CARIBBEAN: ON STRANGER TIDES
*berbunga2 dah PAKWE mau layan citer nie
*sebab mermaid nyer
n jam 0315pm kitorg layan citer nie
MEMANG BEST!!
-
balik layan roti cenai kat UPIN n IPIN
n jenjalan lite2
sambil layan rumah baru
-
p/s: mau pulang

17 MEI 2011 - GENTING nyte

1st of all
HAPPY BIRTHDAY ABAH
rini birthday abah PAKWE
SHARIFF MORAT
sehat2 selaloo okayh
MISH U
MWAHA!!
-
lepas lelepak kat atas BUKIT AMPANG tu
kitorg terus turun ke KUALA LUMPUR
*sebab dah sejok melampau lah plak
*n menyampah nengok bebudak over gegedik atas nun
:)
-
so PAKWE ajak lah ZAN meminum kat PELITA KLCC
baru je dpt air
dah si ZAN wat hal lagik sekali
jerit2 suruh PAKWE balik
*PANTANG TOK NENEK PAKWE
*buat hal kat makanan plak tu
*so PAKWE bingkas bangun dengan air masih penuh dlm gelas tu
*n tanak terlebih kurang ajar plak kat tempat kejadian tu
-
P
S
I
K
O

-
n rini PAKWE cuti sempena WESAK
*yeay
-
ZAN plan nak bawak PAKWE pegi eCURVE
but jem giler
n hujan plak tu
so arah tujuan berubah ke MIDVALLEY MEGAMALL aja
-
n kitorg lunch kat BELANGA
*okayh2 lah
n PAKWE ditegur lagi oleh QARL di sini
WUHU!!
-
di sini pown masih nak wat hal u ols??!!
-
lepas tapau BIG APPLE DONUTS kitorg balik ke BATU TIGA bersiap
mau panjat GENTING plak
-
naik GENTING pown dah jam 0730pm mcm gitu
n sejok sgt atas nun tyme nie
n PAKWE tak plak rasa seronok sgt
sebab kaki takde kowt
so lite2 shoot pic je lah
n tak panas PAKWE dah ajak ZAN turun
WUWU!!
:p
-
n ZAN bawak PAKWE dinner kat area KELANA JAYA
sedap n murah
TQ!!
-
p/s: sejok sampai kecot perasaan PAKWE :(

Monday, May 30, 2011

16 MEI 2011 - MEGAT tyme

pape pown
mari kiter reramai wish kat semua CHE'GU d dunia nie
SELAMAT HARI CHE'GU
buat teman2 PAKWE
cikgu HISYAM, cikgu HALIM
buat teman2 blogger PAKWE
cikgu QARL, cikgu ZAMI, cikgu AFZAN, cikgu AFIQ, cikgu ADIT, cikgu ARIX
buat che'gu2 PAKWE dulu
cikgu ROKIAH, cikgu HALIMATON, cikgu HARIS, cikgu AZIZAN, cikgu FISOL, cikgu IZHAR etc
PAKWE harap terus2an lah menjadi che'gu terbaik
MWAHA!!
-
n buat RUDY
HAPPY BIRTHDAY
lama bonar tak semuka dengan kamu nie
balik SEMENANJUNG tak pernah nak kasik tau
:(
-
sesampai je dari JB, kitorg rest kejap
n lewat terus pegi PAKLI KOPITIAM kat belakang UiTM tu plak
PAKWE sudah kangen sama MEGAT HAFIFI
so bertemulah kitorg lepak2
PAKWE, ZAN, MEGAT, KRY n fren
memakan n PAKWE sembang2 lepas rindu sama MEGAT PAKWE tu
MWAHA!!
*thanx 4 d kisses n d cap
-
oleh kerana ZAN pown tak keje
so plan kitorg adalah bagi mendapatkan MC
ke SHAH ALAM kembali paginya
PAKWE mau tuntut injection n MC sebab tergolek di DANGAN BAY ritu
n dapatlah MC utk PAKWE
TQ DOC
-
dan kelapangan ini kami gunakan untuk makan2
1st stop adalah LAGENDA 17
kedai nasik ayam milik ZAINAL ABIDIN pemain bola tu
*takde lah sedap mana pown
-
n akibat PAKWE tak puas makan
kitorg terus ke 2nd stop
RESTORAN ZARAH
n kat sini ZAN sempat lah tegor DIANA RAFAR n DIANA RAFAR sempat promote SPA dia
n ZAN jugak sempat kantoi sama bos dia
*sebab ZAN tak pegi keje rini
MWAHA!!
-
apabila malam menggelapkan suasana
PAKWE terasa mcm nak pegi tgk KUALA LUMPUR dari atas bukit
so permintaan PAKWE ditunaikan oleh ZAN
ke BUKIT AMPANG lah kami mlm tu
walau sejok
gigeh bersinglet aje
-
p/s: sume org sebok posing

GLAM MEI 2011

VIVY YUSOF/LISA SURIHANI/SARAH LIAN/NAZEERA MUSA/OUTERI AZALEA RAMLI/PUTERI YASMIN RAMLI/NURUL SYUHADA NURUL AIN
THE NEW COOL GENERATION NEXT 2011:
-
cover dengan 7 gadis terbaik industri MALAYSIA
cover yang nampak simple dan international
gaya ringkas dan seragam
-
p/s: lama dah PAKWE tak beli GLAM nie

15 MEI 2011 - back 2 BATU 3

lepas layan PAUL
kitorg pown pepusing kejap kat JB nie
n terus ke SENIBONG
katanya nasik lemak sedap
so PAKWE on kan aja
JOM!!
-
boleh lah tapi sama je ngan nasik ayam kat tempat lain jugak
-
n after dok sesat jalan
*sebab banyak jalan sedang renovate n upgrade
sampai lah kitorg ke rumah
TIDO!!
-
pepagi nyer terus PAKWE dikejot DANIE
mau pegi swimming kat pool
sebab DANIE yang ajak
PAKWE pown bingkas bangun
dan tanpa gosok gigi, bertolak lah kitorg mau mandi kolam
-
yeay mandi dalam panas lewat pagi
harap2 tak burn lah PAKWE nie
WUWU!!
-
lepas temankan DANIE mandi
kitorg pown balik nak sesiap pegi shopping plak jajan2 buat DANIE
like always JUSCO lagi lah tempatnyer
YEAY!!
-
PAKWE n ZAN bertolak keluar dari rumah lepas lunch
lebih kurang jam 03pm mcm tu
so PAKWE pown dibawak side seeing kawasan ISTANA kat JB tu
n shooting sesikit kat JB nun
k lah jugak walau tak segrand mana JB nie
MWAHA!!
-
n biler dah hampir golap
kitorg pown bertolak pulang ke BATU TIGA
-
p/s: sampai jugak PAKWE ke JB akhirnya..THANX

Saturday, May 28, 2011

PAUL - 14 MEI 2011

+PAUL+
tgv cinemas tebrau
zan
-
+GENRE+
fiksyen/komedi
-
+TENTANG+
PAUL mengisahkan tentang seekor makhluk asing dalam misi mahu kembali ke planet asalnya
pada sekitar tahun 1940an, sebuah kapal angkasa telah turun ke BUMI betul-betul di atas seekor anjing, PAUL milik seorang budak perempuan, TARA
dan disebabkan itu makhluk ini menggunakan nama PAUL setelah diselamatkan oleh TARA
namun PAUL telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menjalankan misi kerajaan
dan disituasi berbeza, 2 orang sahabat, CLIVE dan GRAEME dari UNITER KINGDOM yang sangat meminati perkara-perkara pelik seperti makhluk asing dan komik ini telah pergi ke AMERIKA bagi mengikuti konvensyen komik, bersekali bagi menjejak setiap tempat yang dikatakan ada kaitan dengan makhluk asing di sana
dan di dalam perjalanan mereka, satu kemalangan telah berlaku
dan ketika ini mereka telah bersemuka dengan PAUL, si makhluk asing
dan PAUL meminta pertolongan mereka bagi membawanya ke tempat akan turunnya kapal angkasanya bagi membawanya pulang
PAUL juga merupakan buruan pihak CIA
dan kini mereka bertiga diburu bagi mendapatkan PAUL
pemburuan ini diketuai oleh seorang wanita dengan menggunakan ZOIL sebagai hambanya
pelbagai perkara telah mereka lalui sepanjang perjalanan dan hubungan antara mereka menjadi semakin rapat
dan mereka juga telah bertemu RUTH, gadis dengan sebelah mata yang buta
namun PAUL telah menyembuhkannya
walau mengalami pelbagai kesulitan, PAUL masih mahu menemui TARA yang kini sudah tua bagi memohon maaf atas kematian PAUL, anjingnya dahulu dan bagi memohon maaf menyebabkan TARA kelihatan seperti orang gila selama ini
-
+BEST+
lawak penuh lucah melampau yang tidak di potong2 di panggung
lakonan mantap semua
dan ada cameo last
-
+WORST+
jalan cerita sebegini yang dah terlalu biasa kita tonton
-
+ULANG TENGOK?+
sekali dah cukop kowt
-
p/s: sembuhkan PAKWE plz

Friday, May 27, 2011

14 MEI 2011 - tergolek di DANGA BAY

melayan lah THOR kat CATHAY DAMANSARA area eCURVE tu
n terus balik rumah tidor sebab esok pepagi nak bertolak ke JOHOR BHARU
ZZzZzzzZZZ
-
bangun sesiap n lebih kurang jam 10am mcm tu bertolaklah PAKWE n DHANI ke JOHOR BHARU
PAKWE co driver je
HUHU!!
-
dalam singgah2 ke RnR pown kitorg sempat sampai JOHOR BHARU awal jugak lah
dalam jam 01pm lebih dah sampai rumah mak DHANI
so kitorg lepak2 rest n terus makan asam pedas yang mak DHANI buat
SEDAP!!
JOHOR style i guess
-
n petangnya PAKWE dibawa ke DANGA BAY oleh DHANI bersama DANIE
so 1st tyme PAKWE ke DANGA BAY nie
teruja nie sebab tak pernah pegi
sampai je
INI JE??!!
NIE DANGA BAY??!!
kecik dan tidak menyeronokkan PAKWE
so mood nak enjoy2 sgt takde lah terus
aktiviti selain bergambar adalah mengayuh basikal 4 tayar
-
n di sini PAKWE, DHANI n DANIE telah mengalami kemalangan
basikal kami telah tergolek dan menyebabkan cedera kat PAKWE
SAKET OKAYH!!
but alhamdulillah semua selamat
*n hanya 1 famili INDIA yang nampak dan seronok mengetawakan kami
CHOI!!
-
diakibatkan tergolek dognyer kitorg
mood dan plan telah berubah
kitorg perlu pulang tukar baju n menghantar DANIE pulang
but kitorg dinner dulu kat KFC SKUDAI
-
so lepas bersiap kembali
PAKWE dibawak oleh DHANI ke TEBRAU CITY plak
takde pape plan sgt pown ekceli
so melayan muvie lah
n muvie nyer adalah PAUL
-
p/s: still luka till now

THOR - 14 MEI 2011

+THOR+
cathay damansara
zan
-
+GENRE+
aksi/fiksyen
-
+TENTANG+
THOR mengisahkan tentang dewa THOR yang dibuang ke BUMI kerana kesombongan dirinya dan perlu berubah bagi menempatkan dirinya kembali bersama dewa-dewa lain
THOR merupakan anak sulung kepada ODIN ALLFATHER yang merupakan RAJA di ASGARD
namun mempunyai seorang adik lelaki, LOKI
ODIN merupakan raja yang kuat sehingga telah mengalahkan satu negara sejuk dan telah menawan sumber kuasa mereka
ketika hendak menyerahkan takhtanya kepada THOR, satu pecah masuk telah berlaku di istana yang membuatkan THOR mahu menyerang negara tersebut bagi memberitahu siapa dia kepada mereka
namun perkara ini telah dihalang oleh bapanya sendiri
tetapi THOR, LOKI dan 3 lagi sahabat THOR telah secara senyap-senyap merentas ke negara sejuk tersebut setelah meminta kebenaran HARMSDALL, si penjaga pintu
dan serangan ini telah memporak-perandakan situasi dan telah menyebabkan ODIN menghukum THOR dengan membuangnya ke BUMI dan senjatanya tukul dipisahkan kuasanya dari THOR, di mana THOR tidak lagi berkuasa dan akan menjadi seperti manusia biasa
ketika turunnya THOR ke BUMI, THOR telah ditemui oleh JANE dan rakan-rakan
JANE merupakan mengkaji sains
sifat THOR yang pelik telah menyebabkan JANE percaya dengan kata-kata THOR
dan membantu THOR mendapatkan tukulnya yang juga dibuang ke BUMI
namun akibat tidak mempunyai kuasa, THOR tidak berjaya mengangkat tukulnya
di ASGARD, LOKI telah mempergunakan ketiadaan THOR bagi menyusahkan THOR
LOKI cemburu kepada THOR kerana ayahnya lebih menyayangi THOR dari dirinya sendiri
dan ketika ini juga, LOKI telah mendapat tahu bahawasanya dirinya bukan anak ODIN
dia adalah daru negeri sejuk
dan telah diambil oleh ODIN sejak kecil lagi
perkara ini membuatkan LOKI bertambah marah dan mahukan semuanya musnah
dan telah menyebabkan ODIN jatuh sakit
dan LOKI menduduki takhta ASGARD dan mahukan THOR dihapuskan
3 sahabat THOR turun ke BUMI bagi menyelamatkan THOR
di ketika inilah kuasa THOR telah kembali
dan JANE telah menyaksikan perkara ini yang awalnya tidak boleh diterima akal
THOR juga telah kembali ke ASGARD bagi menyelamatkan keluarganya dari LOKI
-
+BEST+
pelakon utamanya yang PANAS kalau tak berbaju
watak2 lain yang jugak best
grafik dunia lain yang nampak tak melampau
banyak lawak selitan yang masyuk
-
+WORST+
musti nak tunjok kesebokkan KERAJAAN AMERIKA jugak....klise
-
+ULANG TENGOK?+
boleh sangat ulang
n maybe nak wat koleksi kat lappy PAKWE
-
p/s: nak jugak lah TUKUL tu....

Wednesday, May 25, 2011

13 MEI 2011 - 2 KUALA LUMPUR

harinya dah tiba
JUMAAT
PAKWE akan naik bus ke KUALA LUMPUR
n like always
PAKWE akan singgah pillow talk wif dokter kesayangan PAKWE dulu
DR FARHANAH
sajer je nak ambik ubat sebab nak pegi jauh kan
tapi dapat sekali MC
:)
-
so PAKWE lepak2 je lah kat opis sementara nak pegi STESEN BUS BUTTERWORTH
-
so jam 0130pm PAKWE dah ada dalam bus
n sepanjang perjalanan PAKWE tido je
*sebab letih kowt
-
sedar2 dah sampai KUALA LUMPUR
so PAKWE sampai PUDURAYA pown dah jam 0630pm
sebab jalan jem n ada kemalangan
-
dari PUDURAYA, PAKWE catwalk ke STESEN PASAR SENI
nak naik tren ke KL SENTRAL
mau jumper QARL
*1st tyme jumpe
nak kasik purple blazer yg QARL mau pinjam
-
so meet up QARL pown menikos2 je PAKWE
sebab nak kejar tren ke STESEN BATU 3 plak
so *lain kali kiter lepak sembang lagi ye QARL
-
jauh jugak perjalanan dari KL SENTRAL ke BATU 3 nie
*dah lah PAKWE bawak beg berat
:(
-
ALHAMDULILLAH sampai jugak STESEN BATU 3
DHANI terus pick up PAKWE balik rumah dulu
sesiap lelepak rehat
n terus shoot kuar ke eCURVE
mau layan muvie katanya
*coz tak jadik pegi JB mlm nie
*esok je pegi
-
so kitorg beli tiket THOR midnite
n sesambil tunggu
kitorg lepak kat PAPPARICH dulu
*2 get 2 know each other
-
p/s: sipoo2

PRIEST - 11 MEI 2011

+PRIEST+
gsc sunway carnival mall
-
+GENRE+
aksi/thriller/seram/fiksyen
-
+TENTANG+
PRIEST mengisahkan tentang dunia masa depan yang dihantui gangguan vampire
bermula di satu tempat yang bernama SOLA MIVA
peperangan antara vampire dan manusia telah wujud sejak dahulu lagi
dan manusia telah menggunakan sekumpulan PRIEST sebagai senjata bagi membunuh vampire ini
dan apabila vampire berjaya dipisahkan jauh dari manusia
golongan PRIEST dibubarkan
dan semangat gereja dikuatkan
namun setelah kesekian lamanya, vampire telah terlepas dan telah kembali menyerang manusia dari satu tempat ke satu tempat
bermula dengan serangan ke atas satu keluarga yang mana adiknya adalah PRIEST sendiri
ketika serangan ini, anak perempuannya, LUCY telah diculik oleh vampire tersebut
sheriff, HIKS dari kawasan berlakunya serangan ini telah datang mendapatkan PRIEST sendiri
namun permintaan PRIEST untuk menyelamatkan gadis tersebut tidak diluluskan oleh pihak gereja
kerana sekiranya dia keluar, dia seperti menentang tuhan
dan dia lebih rela dikatakan seperti penentang tuhan kerana keluarganya lebih penting
keluarlah PRIEST bagi mendapatkan anak gadis tersebut
pihak gereja telah mengumpulkan 4 orang lagi PRIEST bagi mendapatkan PRIEST tersebut
PRIEST bergabung dengan sheriff bagi menentang vampire dan menyelamatkan LUCY
dan memulakan pencarian mereka di tempat rizab vampire
mereka mahukan info arah perginya vampire yang menculik LUCY namun telah berlaku serangan antara hamba vampire dan vampire di situ sendiri
dan terus menuju ke sarang vampire yang mula-mula mereka serbu awal dahulu
sarang ini telah kosong namun terdapat seekor vampire yang besar menyerang mereka
di sini seorang PRIEST wanita, PRIESTESS telah membantu PRIEST dan sheriff
dan penemuan mengejutkan adalah terdapatnya sarang-sarang baru di mana vampire baru telah dibiakkan
vampire telah seterusnya menyerang pekan JERICHO
dan 3 orang PRIEST telah berlawan dengan ketua vampire namun juga telah terkorban
dan arah terakhir vampire adalah bandar
dan inilah misi terpenting PRIEST
bagi menghalang keretapi vampire memasuki bandar
ketika PRIEST menaiki keretapi ini bagi menyelamatkan LUCY
terbongkarlah rahsia siapakah ketua vampire ini
dan siapakah sebenarnya LUCY dengan PRIEST
walaupun rancangan vampire telah gagal namun permaisuri vampire masih bebas
dan PRIEST memberi amaran kepada pihak gereja dan sekali lagi keluar bagi memburu permaisuri vampire
-
+BEST+
lakonan terbaik pelakon utamanya
juga scene2 rekaan yang nampak real
dan juga satu lagi idealogi lain berkaitan isu vampire
sisi lain CAM GIGANDET yang PAKWE rasa okayh
dan aksi terbaik dari MAGGIE Q
jalan cerita yang boleh diterima
-
+WORST+
ketuhanan yang sengaja dipersenda2kan (walau KRISTIAN)
-
+ULANG TENGOK?+
sekali tengok pown dah paham ekceli
but kalu nak PAKWE temankan boleh aja
-
p/s: hasilan ASIA ke muvie nie?

GLAM LELAKI 11 2011

AMY SEARCH cetus fenomena baru
-
6 INSPIRASI SENI
seni abstrak/geometri/minimalisme/modernisme/ilusi optik/pop art
-
INSPIRASI MUSIM BUNGA
pelaut bebas/pengembara lasak/santai dan moden/tampan elegan
-
LELAKI & SENI RAIKAN 8 SENIMAN MALAYSIA
faizal tahir/ramli ibrahim/david mizan hashim/kabir bhatia/datuk radzuan radziwill/bront palarae/profesor tajuddin ismail/pat ibrahim
-
ALMOST RAMLEE
-
FENOMENA AMY SEARCH
-
ROCK YOUR LIGHT COLORED SUIT!
bittersweet/loque/aizat/edwin raj
-
GLAM LELAKI ke 11 untuk MEI/JUN 2011
menggunakan AMY SEARCH sebagai penghias muka depan
dengan full cover berkaitan fesyen dan ekspresi fesyen
dengan isu-isu terbaik dan penuh jiwa
BELILAH!!
BERBALOI!!
-
p/s: memang koleksi PAKWE

Tuesday, May 24, 2011

11 MEI 2011 - pakcik kayo...KE?

rini PAKWE melapangkan diri ganti member ke luar urusan kerja
n secara tiba2
urusan kerja luar yang sepatotnya akan membahagiakan semua nie settle lewat2 pown jam 06pm
tetibe rini telah siap sebelum PAKWE pulang lagi
??
sampai opesmate PAKWE pelik
ingat PAKWE ugut org2 bank suruh siapkan on d dot jejugaks
MWAHA!!
*maybe sebab PAKWE ensem sket rini kowt
LALALA!!
-
sampai opis PAKWE sempat gak booking tiket ke KUALA LUMPUR JUMAAT nie
-
so kayo lah PAKWE dr semalam sket
so PAKWE pown teruslah dari opis ke SUNWAY CARNIVAL MALL
mau reward diri PAKWE sendiri dengan melayan muvie
n PRIEST menjadi pilihan hati PAKWE
*n tujuan PAKWE layan PRIEST di jam ini sebabnya
mlm nie jugak ada SHOWDOWN 2011 kat 8TV
so terpakse lah layan awal
-
so PAKWE layan PRIEST sengsorang jam 0710pm
di GSC SUNWAY CARNIVAL MALL
*BEST GAK LAH PRIEST nie
n after muvie
PAKWE sempat gak lah nak shop sesikit barangan badan
-
n balik layan SHOWDOWN 2011 minggu ke2 plak
BEST BEST BEST
LOVE HMC PHLOW always
-
p/s: suke suke suke walau letih

10 MEI 2011 - tercurik HATI kembali

rini takde pape sgt pown actually
KEJE MCM BIASA je
-
but rini mak angkat PAKWE pegi KUALA LUMPUR wif her son n grandchildren
sajer pegi hantar menatu berkursus n bwk cucu jumper mak bapak diorg kat KUALA LUMPUR nun sesambil jenjalan
-
but pd tarikh nie
PAKWE telah tercurik dek sorg manusia nie
manusia yang telah menyuarakan MAHUKAN PAKWE
SEBAB ADA MINAT YANG SAMA KATANYA!!
*after lama single
:)
-
memang lah nampak suci n ikhlas
*sebab baru nak tackle kan
*tah dah dpt PAKWE nanti mcm mana lah plak peel nyer kan
HURM!!??
so tgk lah how!!
-
n QARL si blogger fofular tu
ada chat FB wif PAKWE
bertanyakan blazer purple PAKWE
so QARL...jumpe di SENTRAL KL nanti okayh
-
p/s: berbunga ke now?

09 MEI 2011 - dah 2 tahun KACAK BERGAYA 2009 berlalu

sesambil PAKWE dok selak2 diari
tercurik plak pandangan rabun PAKWE kat tarikh nie
2 tahun lalu
di SALOMA BISTRO, KUALA LUMPUR
PAKWE dan lagi 11 orang sedara lelaki PAKWE telah bertanding di satu pertandingan yang dinamakan PENCARIAN KACAK BERGAYA VIGOR PANCAINDERA 2009
*kenal kan nama2 tu?
itulah nama penaja utama KACAK BERGAYA waktu itu
dan menjadi yang sulong keluaran KACAK BERGAYA secara pertandingan ini
membuatkan PAKWE bersyukur
*tak sume orang dapat pengalaman ini
memori bersama 11 lagi sedara KACAKS tidak mungkin PAKWE lupekan
walau kini masing2 sebok dengan kerjaya masing2
PAKWE berani mengatakan, KAMI masih rapat
ALHAMDULILLAH!!
2 all KACAKS...LOVE YEAH!!
-
n rini cuaca di sekeliling PAKWE agak berbeda sket
PANAS BANGET DEH!!
dah berpeloh2 dah PAKWE nie
*jilat pown masin
dari pepagi bute masok opis tak jugak hilang2 panasnya
sampai ke petang dan malam harinya
siap boleh berpeloh2 n nak pengsan dibuatnya
*nak muntah jangan cakap lah kan
dan akibat panasnya PAKWE pada tarikh ini
PAKWE terpakse membatalkan plan mahu lepak2 sama kawan baru
dan terus balik rumah
mandi
n terus tidor
*sementara sejok mandi tadik ada lagik
WUWU!!
-
p/s: PAKWE je rasa kowt

Thursday, May 12, 2011

07 MEI 2011 - berFB akhirnya

rini birthday FACHRULL
budak yang berani tegor PAKWE kat club
n berani geli2 sama PAKWE
n merupakan 1 of PAKWEs ICON
so PAKWE nak wish u
HAPPY BIRTHDAY
jangan lupa aku
MWAHA!!
-
semalam PAKWE dah buat email utk create FB special untuk BAHAGIAN PAKWE
*tempat keje PAKWE lah
sebab tetibe ingat FB lebih senang nak akses n lebih laju
but tak boleh2 nak create FB semalam
-
so rini PAKWE try lagik
n akhirnya
wujudlah FB untuk BAHAGIAN PAKWE
but
FB nie masih untuk BAHAGIAN Lagi
n belom PAKWE promote kat seluruh kampus nie
*coz banyak kes FAMILI DAY yang tak settle lagik
-
n dalam dok kembang2 idong wat keje sambil elachor
tetibe letrik off
tyme ketika itu hampir jam 08pm
*n PAKWE memang dah plan nak out jam 8pm
BUNGUK!!
terus takot PAKWE ini
memacam lah muncol kat otak nie
n yg ado hanyalah lampu enset 3310 PAKWE
NANGES!!
but dalam kegelapan itu PAKWE masih sempat basuh pinggan
raba suis etc
*tak tau lah mana yang tak off kan
MAMPOS LAH!!
WUWU!!
-
n PAKWE terus singgah SUNWAY CARNIVAL MALL
*sebab nak gune toilet
HAHA!!
-
p/s: serem u ols

Friday, May 6, 2011

SHOWDOWN 2011 - 04 MEI 2011

1st LIVE SHOW
8TV @ I-CITY SHAH ALAM
0930pm

-
SHOWDOWN 2011 membuka persembahan dengan memperkenalkan TOP 12
dan masih mengekalkan HOSnya HAFIZ
dan juga 2 pengomen, MAPPLE & JOE
-
1. FORCE 136 (FRC)
song HIT ON THE FLOOR

mantap dengan serba merah
tapi koreo tak kuat mana
-
2. DEJAVU BREAKERZ (DVB)
song MASQUERADE

nie plak seragam putih
dan pemilihan lagu yang slow membuatkan persembahan tak seberapa
dan memang nampak play safe
-
3. STEPHOLIC (STP)
song MORE

lagu yang sangat bagus
move simple dan tak best 1st half
but 2nd half mantap dan memang syncro
-
4. BLAZIN SQUAD (BSQ)
song JUMP

opening yang tak syncro
banyak sangat floor work sampai membosankan PAKWE
n koreo is everywhere
-
5. SOULUTION (SOL)
song TIL THE WORLD END

gerakan yang tak sharp
n banyak move2 yang tak kuat
tapi salute kat GURL sorg tu
-
6. ROKUSTEPS (RKS)
song ON FIRE

sangat sesuatu sehingga PAKWE nampak sesuatu dalam persembahan mereka
n PAKWE suke
maybe sebab originaliti mereka tu
-
7. BOUNCE STEPPERZ (BOS)
song MARRY YOU

yg bebetol kasik PAKWE goosebump
penuh drama n super versatil
PAKWE suke sebab tak HADEK2
-
8. PANIC (PNC)
song BORN THIS WAY

memang gurl power habis
xsharp tapi tercover sebab kecantikan natural mereka
-
9. HMC PHLOW (HMC)
song SECRET

kumpulan otai SHOWDOWN
n merupakan cinta hati PAKWE
satu lirikal yang mantap
best, syncro, kuat n super terbaik lah mlm tu
-
10. E.G.S. MONSTER (EGS)
song GETTIN OVER

set yang bagus walau kata org kampong je
n memang gerakan yang tajam
sgt2 syncro jugaks n super fast
-
11. BORNEO CREW (BRC)
song BACKSEAT

xsyncro dan nampak sgt all over the place
memang terserlah keGELAPan n keGANASan mereka
but footwork memang sedap
-
12. ELECOLDXHOT (ECX)
song TONIGHT I'M LOSIN YOU

grup cecine yang PAKWE turn on
persembahan yang simpel tapi mantap
kelihatan super smart atas pentas
tapi tah lah ada gak banyak blank moment atas pentas
-
n dari persembahan pertama mereka
yang berada di BOTTOM 4 adalah
E.G.S. MONSTER
BORNEO CREW
BOUNCE STEPPERZ
FORCE 136

-
dan pertarungan E.G.S. MONSTER vs BOUNCE STEPPERZ
memperlihatkan BOUNCE memang hebat bab battle
*sumpah PAKWE tak sangka
n nampak lah EGS lembek sket
*maybe tak biasa battle sgt
so memang clear lah BOUNCE STEPPERZ yang menang battle
-
dan pertarungan FORCE 136 vs BORNEO CREW
memang sumpah sepah
maybe sebab dedua pk diorg hebat sgt
sampai tak hormat program ini
n nampak ada ciri kurang ajar
sgt banyak touchin n ths is bad
n d winner fro ths battle adalah FORCE 136
*kalu PAKWE lah buang je FORCE 136 nie...kurang ajar sgt MCM BAGOS
-
n antara E.G.S. MONSTER n BORNEO CREW
terserlah lah yang E.G.S. MONSTER lah yang tersingkir di 1st show nie
-
n theme for next week show is 80's
-
p/s: tak sabar u ols

FAST AND FURIOUS 5 - 02 MEI 2011

+FAST AND FURIOUS 5+
gsc sunway carnival mall
eddie
-
+GENRE+
aksi/thriller/drama
-
+TENTANG+
FAST AND FURIOUS 5 atau FAST 5 mengisahkan tentang sekumpulan kawan yang berusaha merompak harta seorang penjahat di RIO
bermula dengan DOMINIC TORETO yang mendapat keputusan akan diletakkan di PENJARA LOMPOC
dan dalam perjalan ke penjara, 3 kereta, diketuai O'CONNER telah menyebabkan bas penjara terbabas dan terbalik
dan telah menyebabkan DOMINIC lepas lari
O'CONNER dan MIA telah mendapat job baru mencuri kereta mewah dari keretapi dari kawan mereka VINCE
proses pencurian ini telah menyebabkan mereka bertelagah dengan pihak yang mereka bekerja untuk sehingga menyebabkan kematian pegawai polis di dalam keretapi tersebut
dan akibatnya, mereka telah menjadi orang yang paling di kehendaki di RIO
sebenarnya terdapat sesuatu pada kereta yang mereka curi dan ini telah diketahui oleh O'CONNER dan geng
1 cip yang penuh dengan maklumat duit seorang orang kaya dan jahat di RIO, HERNAN REYES
dengan ini DOMINIC, O'CONNER dan MIA bersatu bagi menggelapkan duit REYES
dan telah memanggil lagi 6 orang, yang sangat hebat dalam bidang masing-masing bagi melancarkan misi ini
dan mereka telah menyebabkan REYES mengeluarkan semua duitnya dan diletakkan di balai polis
mereka semua sebenarnya telah menjadi buruan EJEN L HOBBS yang sangat mahukan mereka semua
kini mereka perlu memikirkan cara memecah masuk ke balai polis, satu veneu yang terbukti susah untuk dipecah masuk
dan cara mereka membuatkan HOBBS menjauhkan diri dari kumpulan mereka adlaah dengan bersemuka dan mengugut HOBBS sendiri, dan berjaya
dalam mereka sekumpulan mencari cara-cara bagi memecah masuk balai polis dan mencuri besi kebal yang menempatkan duit REYES, sarang mereka telah diketahui polis dan diserbu
namun satu serangan telah berlaku dan membuatkan HOBBS bersatu dengan DOMINIC dan mencari REYES
namun akhirnya mereka berjaya mendapat peti besi REYES dan berlakulah sesi kejar mengejar dengan pihak polis RIO
PAKWE layan muvie nie sebab aksinya yang tak stop
-
+BEST+
pelakon tetap FAST 5 yang memang dah menjiwai watak mereka
kenderaan2 mewah n mantap yang dirosakkan
pelakon2 lain yang memang super gojes dan happening
latar belakang RIO yang memang buat PAKWE nak pegi je
warna-warni yang memang bukak mata
seksi meksi yang jugak lebih membukak mata PAKWE
aksi2 yang tak bleyh blah seperti sesi menarik besi kebal sepanjang jalan yang memang giler
n THE ROCK yang kembali KENTAL
-
+WORST+
PAUL WALKER (betol ke nama dia) tak rambut panjang
*kalu panjang kan lebih hangat
naper lah rosakkan, tenggelamkan etc kereta2 itu? kasik PAKWE lagi baik :)
n biler tgk RIO mcm filem animasi RIO dlm versi hidup plak....(tak bagus kan dibayangi)?PAKWE tak suke dibayangi
-
+ULANG TENGOK?+
nak je tapi dah paham sekali tgk..so tak payah lah
-
p/s: tolong send kat PAKWE sume kereta yang rosak dlm muvie nie okayh :)

SWEATER SEASONLESS & BERGAYA?

Sweater adalah perlu di setiap wardrobe lelaki. Ia tidak bermusim dan versatil.
-
+SWEATER KASHMIR - PILIHAN UTAMA
Kapas sentiasa ada tempatnya. Kashmir adalah satu antara barang paling mewah yang boleh anda perolehi dari wardrobe anda. Bukan hanya ianya ultra lembut, ia juga boleh dipakai bila-bila masa sahaja. Untuk permulaan, milikilah sweater kashmir dengan warna natural seperti hitam, navy dan kelabu gelap. DAN INGATLAH, WANITA GEMAR MENYENTUHNYA!!
-
+SWEATER LEHER-V DAN LEHER-CREW
Ia sangat mudah dipakai bersama baju t dan jeans untuk gaya yang lebih kasual. Sweater yang sama juga boleh dipakai bersama slack dan baju kemeja kolar untuk ke ofis atau date. Ia adalah wajib di setiap wardrobe.
-
+KARDIGAN
Versi moden adalah dibuat dari kapas, merino wool dan kashmir. Ia boleh terdapat dari jenis nipis untuk dipakai dibawah jeket dan mempunyai 2 zip yang membolehkan anda membukanya dengan senang ketika duduk. Ia adalah idea terbaik untuk layering dan ada pelbagai cara untuk memakainya - di atas baju t, di atas kemeja berbutang, di bawah jeket sukan, bersama jeans, dan slack. CUBALAH JIKA ANDA BELUM PERNAH!!
-
+POLO
Boleh ditemui ketika musim panas. Sering dibuat dari kapas dan bertangan pendek. Ia adalah pasangan terbaik untuk khaki di ofis ketika kasual Jumaat.
-
+SWEATER TURTLENECK
Disimpan istimewa untuk musim sejuk. Dari merino wool ringan atau kashmir, ia kelihatan bergaya di bawah jeket sut dan cukup kasual dipakai bersama jeans. Ia kelihatan hebat bila fit kepada badan dan leher. JAUHINYA SEKIRANYA FIZIKAL ANDA TIDAK SEMPURNA!!
-
+BEBERAPA TIP UNTUK MENJAGA SWEATER ANDA
-Sweater perlu di dry cleaned sekali sekala
-Tetapi sweater wool dan kashmir boleh di cuci tangan menggunakan detergent yang lembut
-Dan terbaik adalah cuci tangan kerana sweater akan lebih lembut dari yang di dry cleaned
-
p/s: cuba lah!!

Thursday, May 5, 2011

THE ROOMMATE - 01 MEI 2011

+THE ROOMMATE+
gsc sunway carnival mall
eddie
-
+GENRE+
thriller/drama/aksi
-
+TENTANG+
THE ROOMMATE mengisahkan tentang seorang pelajar wanita, SARA MATHEWS yang dikawal dan terganggu dek teman sebiliknya sendiri, REBECCA
SARA MATHEWS telah pulang satu malam dari bersosial di klub dan mendapati dirinya mendapat teman bilik baru, REBECCA
dan ketika di klub, SARA telah bertemu dengan STEPHAN
SARA MATHEWS merupakan pelajar fesyen yang disayangi ramai kerana gaya dan kecantikkannya
ini sedikit sebanyak membuatkan REBECCA cemburu dan mahukan SARA hanya untuk dirinya
bermula dengan mengugut TRACY di bilik mandi
dan ketika SARA bersama STEPHAN, REBECCA telah berlakon sebagai SARA dan menjawab panggilan dari bekas teman lelaki SARA, JASON dan telah melakukan PHONESEX
SARA tidak mempunyai sesiapa kerana telah kematian kakaknya yang sangat disayanginya
dan hanya mempunyai makcik, IRENE yang tinggal berhampiran dengannya
IRENE merupakan seorang pereka fesyen yang terkenal
dan telah mengajak SARA untuk tinggal dirumahnya kerana dia sendiri jarang berada di rumah dan SARA boleh memelihara kucing yang SARA jumpa di kolej
kucing itu, CUDDLES telah dibunuh oleh REBECCA bagi menghalang pemindahan SARA dari kolej
dan apabila SARA cuba dicabul oleh profesornya, REBECCA telah menggoda profesor tesebut dan merakam kejadian itu dan melapornya kepada pihak tertinggi universiti
SARA telah merasakan sesuatu tidak kena dengan teman sebiliknya akibat banyak perkara-perkara pelik telah berlaku sejak kehadiran REBECCA
dan keinginan REBECCA untuk SARA bercuti bersamanya di rumah REBECCA telah membuatkan REBECCA mencederakan dirinya sendiri
dan ketika berada di rumah REBECCA, SARA telah secara tidak sengaja mengetahui yang REBECCA mempunyai penyakit
perkara ini menjadi sahih apabila SARA menyelongkar barangan REBECCA dan menjumpai ubat yang digunakan oleh pesakit psiko
akibat dari perkara ini, SARA telah yakin mahu keluar dari bilik dan tinggal bersama STEPHAN
di lain situasi, REBECCA telah menggoda IRENE yang merupakan seorang lesbian di sebuah club
dan REBECCA juga telah membunuh bekas teman lelaki SARA, JASON di bilik hotel JASON sendiri
ketika REBECCA mahu membunuh IRENE, ketika inilah SARA telah datang dan pertelingkahan telah berlaku antara SARA dan REBECCA
dan kesudahan pertelingkahan ini...
PAKWE rasa pegi lah tgk sendiri
PAKWE suke je citer nie
-
+BEST+
pelakon2 yang bagos dan nampak lah mcm student
ada plak CAM GIGANDET kan
jalan cerita yang simple tapi penuh suspen
REBECCA yang nampak suci tapi antagonis
jalan cerita yang tidak membosankan
ada CUDDLES yang comel
-
+WORST+
ada part sadis yang boleh buat org ikot
mcm sesi mencederakan diri
n sesi mencederakan org lain etc tu
coz ditunjuk caranya
CAM GIGANDET tak nampak hot like always
-
+ULANG TENGOK?+
tak payah lah banyak kali tengok...dah paham dah
-
p/s: so berhati2 lah selaloo

01 MEI 2011 - kesah sorg PEKERJA

rini merupakan HARI PEKERJA buat semua PEKERJA2 d dunia (KE?)
di MALAYSIA lah senang kan
so PAKWE pown bercuti bersama2 PEKERJA2 yang lain
n after layan WATER FOR ELEPHANTS, PAKWE n EDDIE terus pegi ke RESTORAN NASI KANDAR PELITA CHAI LENG PARK mau layan nasik kandaq lah kan
n makan sambil sembang fasal movie n gelak2 memang heven lah
-
tidor dan PAKWE bangun pown dah lewat
*CUTI LAH KATAKAN!!
n bangun kekemas pape yang patot
n start siapkan sume pic2 ICON2 PAKWE yang sudah shoot
*coz tanak lengah2 lagi
n rest kejap pegi lunch kat SG DUA
*late lunch dah pown nie
WUWU!!
-
n mlm nie PAKWE ada muvie date ngan EDDIE lagi
2 muvie
THE ROOMMATE n FAST & FURIOUS 5
di GSC SUNWAY CARNIVAL MALL
so jam 0820pm merupakan tyme show THE ROOMMATE
simple story yang boleh dikatakan best gak lah
-
n ada spare tyme sket b4 mau layan FAST & FURIOUS 5 midnite
so PAKWE layan CC kejap
*sajer nak tgk YOUTUBE
-
p/s: tu lah PAKWE di HARI PEKERJA :)

Wednesday, May 4, 2011

WATER FOR ELEPHANTS - 30 APRIL 2011

+WATER FOR ELEPHANTS+
gsc sunway carnival mall
eddie
-
+GENRE+
drama/romantik
-
+TENTANG+
WATER FOR ELEPHANTS mengisahkan tentang percintaan yang di luar jangkauan seorang lelaki muda, JACOB JANKOWSKI terhadap seorang isteri orang, MARLENA ROSENBLUTH
WATER FOR ELEPHANTS membuka sesi dengan satu temuduga kerja JACOB JANKOWSKI yang telah tua dan menceritakan tentang kisah silamnya
JACOB merupakan anak tunggal dan mengikuti pengajian vaterinar di sebuah universiti
namun 1 kemalangan telah terjadi melibatkan kedua ibu bapanya mati
kematian ibu bapanya tidak meninggalkan apa-apa buat JACOB
sebaliknya menyusahkan dia, dan JACOB membuat keputusan meninggalkan tempat tinggal dan segalanya tanpa menoleh ke belakang lagi
JACOB mahu ke bandar mencari pekerjaan, dan telah membuat keputusan menaiki keretapi yang lalu
dan dengan meniki keretapi ini secara haramnya, JACOB telah membuat satu sejarah baru dalam hidupnya
keretapi milik BENZINI CIRCUS BROTHERS, dan JACOB telah diberi peluang bekerja oleh CAMEL
dan tugas pertama untuk JACOB adalah membuang najis binatang
dan inilah kali pertama JACOB bekerja secara langsung dengan satu produksi sarkas
dan ketika inilah JACOB bersua mata dengan MARLENA ROSENBLUTH bersama kuda-kudanya
MARLENA merupakan tarikan utama persembahan sarkas ini dan merupakan isteri bos BENZINI CIRCUS BROTHERS, AUGUST
dan JACOB secara rasminya dibawa bertemu dengan AUGUST untuk meminta kerja
dan JACOB diarahkan supaya dibuang dari keretapi tetapi apabila JACOB bercakap tentang seekor kuda MARLENA yang sakit, AUGUST terus memberi tugas vaterinar kepada JACOB
AUGUST mahukan JACOB mengubati kuda tersebut bagi melancarkan persembahan sarkas mereka
keesokan harinya, JACOB memeriksa kaki kuda MARLENA, SILVER STAR dan mendapati SILVER STAR menghidap laminitis
dan sukar untuk diselamatkan dan telah membuat keputusan menembak SILVER STAR dengan pengetahuan MARLENA sendiri
dan perkara ini diketahui oleh AUGUST dan telah menghukum JACOB yang tidak mengikut cakapnya
apabila BENZINI CIRCUS BROTHERS sudah tidak mempunyai kuda untuk persembahan utamanya, AUGUST telah membeli gajah sebagai ganti SILVER STAR
gajah yang bernama ROSIE dan akan berpasangan dengan MARLENA
JACOB telah secara tidak langsung menjadi orang yang paling AUGUST sayangi dan tidak kisah apabila JACOB mengaku bahawasanya JACOB masih belajar dan bukan pemegang ijazah
namun AUGUST mahukan JACOB terus mengajar ROSIE dalam mempersiapkan bintang baru mereka itu
AUGUST tetap menjadi AUGUST, orang yang suka menggunakan kekerasan dan terlalu mementingkan diri sendiri, menggunakan kekerasan dalam mengajar ROSIE
dan akibat dikasari, ROSIE telah melarikan diri di persembahan pertamanya dan telah hampir menyebabkan MARLENA tercedera
akibat ini AUGUST telah mencederakan ROSIE dengan teruk dan ini telah membuatkan JACOB marah dan hampir mahu mencederakan AUGUST kembali
tujuan AUGUST mencederakan ROSIE adalah kerana terlalu sayangkan MARLENA
JACOB telah berjaya mengajar ROSIE dan ini membuatkan AUGUST bertambah sayangkan JACOB sehingga meraikannya di sebuah kelab malam
satu insiden diserbu polis, MARLENA dan JACOB telah berpecah dengan AUGUST
dan ketika ini MARLENA dan JACOB telah bercium
di situasi berlainan pula, CAMEL telah lumpuh separuh badan, pinggang ke bawah
memerlukan CAMEL disorok bagi mengelakkan dia dibuang dari keretapi oleh AUGUST
setelah MARLENA dan ROSIE menjadi bintang unggul sarkas mereka
AUGUST telah meraikan JACOB sekali lagi dengan secara rasminya di kalangan semua warga sarkasnya
dan ketika JACOB dibabtis, AUGUST telah nampak JACOB dicium oleh MARLENA dan tahu ada sesuatu berlaku antara mereka
ketika ini AUGUST telah mengasari MARLENA dan JACOB mempertahankan MARLENA dengan memukul AUGUST
apabila JACOB diburu untuk dibunuh, MARLENA mahu JACOB lompat dari keretapi dan pergi untuk kebaikkannya
namun JACOB mengajak MARLENA mengikutinya, dan lompat lah mereka berdua bersama
dan peluang ini membuatkan JACOB dan MARLENA bersatu
belum sempat mereka lari jauh, kuncu-kuncu AUGUST telah datang membawa MARLENA pergi dan memukul JACOB teruk
perkara ini membuatkan JACOB kembali ke keretapi bagi mendapatkan MARLENA
sekembalinya JACOB di keretapi, terbukti CAMEL dan WALTER telah tiada
khabarnya mereka tidak selamat ketika lompat dari keretapi malam sebelumnya
dan ketika persembahan sarkas dari BENZINI CIRCUS BROTHERS, satu kekacauan telah berlaku dan peluang ini digunakan oleh JACOB bagi melarikan MARLENA
dan di ketika ini lah ROSIE sendiri telah membunuh AUGUST yang ketika itu sedang cuba membunuh MARLENA
akibat dari kejadian ini, BENZINI CIRCUS BROTHERS telah muflis
JACOB kembali menghabiskan peperiksaannya dalam bidang veterinar
berkahwin dengan MARLENA dan bekerja dengan RINGLINGS CIRCUS
dan telah dikurniakan anak
namun ROSIE dan MARLENA telah dahulu meninggalkan JACOB
PAKWE tak rasa filem nie bosan
walau perjalan ceritanya agak mendatar
-
+BEST+
sinematografi yang cantik
lakonan mantap pelakon2nya
jalan cerita yang juga baik
*kalau anda suka TITANIC, WATER FOR ELEPHANTS mempunyai feel seperti TITANIC cuma menggunakan keretapi sebagai medium percintaan mereka
suasana klasik sarkas dibawa dengan baik
costume yang bagus dan sgt sarkas
seperti dibawa bersama di zaman itu
-
+WORST+
kekejaman terhadap binatang ditunjuk dengan jelas
*dan mungkin menjadi ikutan penonton2
keserasian hero dan heroin yang nampak tak kena
ROBERT PAT masih ROBERT PAT
-
+ULANG TENGOK?+
nak tapi nanti2 lah
-
p/s: nak jugak naik gajah