Tuesday, December 9, 2008

PAKWE finalis KACAK BERGAYA 2008!!






Mencari bakat baru dalam Pencarian Kacak Bergaya

Ditulis oleh Rosli Manah
Jumaat, 05 Disember 2008 13:10

Nazlee juga layak.Sekarang ini banyak anak muda yang mencari tapak untuk menyertai bidang seni. Ada yang meminati lakonan dan ada juga yang meminati dunia peragaan.
Pokoknya kalau ada slot untuk mereka menonjolkan diri, pasti banyak yang mencuba nasib. Sebab itulah sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia melalui ruangan Kacak Bergaya turut membuka peluang kepada anak muda lelaki menampilkan diri.

Syed Gadaffi menyampaikan hadiah kepada Yusuf.Pertandingan yang dinamakan Pencarian Wajah Kacak Bergaya 2008 itu mendapat sambutan menggalakkan sejak mula diperkenalkan Julai lalu.
Ratusan penyertaan diterima dan akhirnya ditemui baka-bakat baru yang bakal diketengahkan.
Setakat ini lapan peserta

Hairul Azreen dengan hadiah yang diterima baru-baru ini.dikenalpasti untuk ke peringkat akhir pemilihan Wajah Kacak Bergaya yang mendapat tajaan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. (JMD).
"Pemenang dan finalis akan ditawarkan menjadi duta produk pemakanan kesihatan untuk lelaki yang akan kami pasarkan tahun depan," kata Pengarah JMD, Syed Mohamad Gadaffi Syed Ali atau Abib.
Antara nama yang tersenarai pendek setakat ini ialah Hairul Azreen, Khairi, Mohd. Halim, Megat, Afik, Syed Khairul, Yusuf dan Nazlee. Masih ada empat lagi calon yang akan dipilih sehingga hujung tahun ini. Penyertaan masih dibuka sehingga 31 Disember 2008.
Sejak menyertai pertandingan dan kisah mereka menjadi paparan dalam Pancaindera, sudah ada yang mula mendapat perhatian pengarah drama dan agensi periklanan.
Hairul Azreen misalnya sudah mula berlakon drama. Khairi pula mula berjinak-jinak dengan peragaan. Afik juga sudah mula menjalani casting untuk drama.
"Saya menyertai Kacak Bergaya ini untuk mendedahkan diri, ternyata saya sudah mendapat peluang dalam lakonan," kata Hairul.
Halim juga semakin dikenali. Iklan Petronas sempena musim perayaan lalu membuatkan dirinya mula mendapat perhatian dan baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Rubina Dan Ceria bersama Abby Abadi.
*********************************************
tak sangka sungguh
PAKWE adalah salah seorg finalis KACAK BERGAYA 2008
tgk lah link tu
n support lah PAKWE okay
MWAHA
*********************************

5 comments:

Frid Firdaus said...

salah eja nama again..
anyway dear!!
final nanti jgn lupa ye...
beyonce!!
hahahaha...

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

KMAIN!!!!
bile final??
ade chance nk menang tak??hope pakwe mnang!

p.a.k.w.e. said...

final maybe FEB 2008
harap menang lah sume kan
haha

bluecrystaldude said...

Wish all the best. Gler ar. hehe :)

Mohd Sufian said...

cayok2x pakwe ;)