Thursday, February 5, 2009

nasihat PENAMPILAN dari PAKWE

WANITA "kurangkan atau jangan pakai langsung barang EMAS. sebaliknya lebihkan barang hiasan tiruan yang ringkas tapi beridentiti. penggunaan subang yang bersaiz besar dan melampau2 design nya boleh lah dihentikan. cukup sekadar bersubang kecil tapi sudah menampakkan keayuan anda."
LELAKI "pakailah sesuatu itu sepenuhnya. Bila pakai baju MELAYU, pakailah bersama sampingnya."
LELAKI n WANITA "pakailah wangian yg boleh menunjukkan itu diri anda. Jangan sesekali biarkan diri anda tidak berpewangi. Bagilah orang yang berdekatan anda rasa happy n selesa bila merapati anda."
LELAKI "carilah identiti rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda. dan pastikan ianya kemas dan menarik."
LELAKI "bercukurlah...kemaskan muka anda dari semak janggut dan misai. tak salah menyimpan janggut dan misai, tapi biarlah kemas. dan sentiasalah menjaga wajah dengan menggunakan produk2 penjagaan wajah yang terdapat banyak di pasaran kini"
WANITA "kenakanlah solekan bagi menaikkan seri wajah anda. tapi jangan sampai jadi kertas lukisan plak. bersoleklah mengikut keperluan dan majlis."
WANITA "yang tidak bertudung, kemaskanlah rambut anda. terbaik adalah anda mengikatnya. ini dapat memberi keyakinan kepada anda untuk berhadapan dengan org ramai."
WANITA "yang bertudung tu, bertudunglah dengan terbaik. jangan sesekali MESS wif it. bg org nampak anda ayu bertudung"
WANITA "bawalah bersama anda BEG TANGAN. kerana wanita dan beg tangan sepatutnya TEMAN RAPAT. pilihlah beg tangan yang dapat compliment kasut anda. yng penting beg itu menggambarkan anda."
LELAKI "PAKWE rasa ini tyme untuk lelaki membawa bersama mereka beg @ totebag. kemas dan sangat in sekarang"
LELAKI "pakailah tali pinggang, kerana tali pinggang sepatutnya menjadi aksesori penting bagi lelaki. n yang sgt penting, bila anda memakai seluar slack ke pejabat, tali pinggang sgt perlu supaya anda tidak nampak seperti berBOGEL. pilihlah tali pinggang yang bersesuaian dengan diri masing2."
WANITA "boleh bertali pinggang bersesuaian dengan style yg sedang dibawa ketika itu. jangan tenggelamkan diri sendiri dengan penggunaan tali pinggang yang melampau."
LELAKI "tali leher juga merupakan aksesori penting bagi anda. pilihlah tali leher dari kualiti terbaik bagi menampakkan diri anda. pemakaian tali leher sepatutnya di beri perhatian penting. jangan sesekali pakai tali leher lebih dari kepala tali pinggang anda. dah jangan pula terlampau pendek. sekiranya ikatan belakang tali leher anda lebih dari yg hadapan, masukkan terus ke dalam baju anda atau anda boleh kenakan cest bagi menyorokkan kelemahan itu."
WANITA dan LELAKI "PAKWE sarankan add more color dalam penampilan pemakaian anda. sebab color boleh membezakan anda dengan org lain. pilihlah color yang suit ur skin tone. n jgn over do it plak. a bit shud b better."
WANITA "nie peribadi dari PAKWE, pakailah kasut bertutup tumit tinggi. ini lebih kemas dan terdapat banyak design di pasaran sekarang. cantik di pandang dan tidak nampak bersepah."
WANITA dan LELAKI "berpakaian banyak putih sepatotnya dilebihkan di waktu malam atau d club. banyakkan hitam di waktu2 lain, kerana hitam lebih selamat. tetapi berpandai2lah menjadikan sesuatu style tu hak anda. jangan terlalu terikat sampai anda kelihatan BORING.
UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI, pilihlah pakaian yang hampir fit dengan diri anda, jangan terlalu kecik atau terlalu besar dr tubuh anda. bagi LELAKI, pilihlah baju yang bertekstur terkini dan lain dari yang lain supaya anda boleh berdiri tinggi dari yg lain"
****************************************************
lelain komen dr PAKWE:
bagi mereka2 yang ISLAM tu, bila ada yang memberi salam ASSALAMUALAIKUM, jawab lah salam tu. tak salah kan kita sama2 mendoakan kesejahteraan antara kita.
dan kalau kita ada membenci seseorang, tak perlu lah kita berusaha suruh org itu berubah untuk kita, sebaliknya kita berubahlah dengan menerima dia walau seterok mana dia. jadilah SESUMPAH kalau terpaksa kan kan kan!!
MWAHA

1 comment:

farish izaryl @izreez said...

haha entry yg sgt bguna.thankss pakwe!!...:)