Monday, February 2, 2009

NOTIS dari McDONALD'S

NOTIS DARIPADA McDONALD’S MALAYSIA

Rakyat Malaysia yang dihormati sekalian,

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat pihak tertentu yang membuat dakwaan bahawa McDonald’s® menyalurkan bantuan kepada rejim Israel. Kami ingin menjelaskan bahawa DAKWAAN TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI. McDonald’s® Malaysia tidak pernah dan tidak akan menyokong apa jua bentuk peperangan yang berlaku di mana sahaja, menerusi jualan atau keuntungan yang diperolehi dari restoran-restoran kami.

Ini kerana:
· McDonald’s® Malaysia merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah rang undang-undang Malaysia.
· Pihak pengurusan serta lebih 8,000 pekerja kami adalah warganegara Malaysia dari pelbagai kaum.
· Kami menyediakan makanan serta minuman khusus untuk rakyat Malaysia dan bekerjasama dengan para pembekal yang juga merupakan warga Malaysia.
· Kami membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan Malaysia.
· Kami turut menyokong dan menjalankan pelbagai program komuniti dan kebajikan untuk rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi badan kebajikan kami, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Ronald McDonald (Ronald McDonald House Charities™ Malaysia).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila tujukan soalan anda kepada justtellus@my.mcd.com atau hubungi Jabatan Komunikasi Korporat kami di talian 03-78433233.

Yang benar,
(McDonald’s® Malaysia)




www.mcdonalds.com.my

3 comments:

aku menulis kerna dia said...
This comment has been removed by the author.
rizz said...

tu la sal.kesian kat mc d..rizz mkn je uols! heheheh

Nabilah Anafi said...

u've just been tagged.
buat tau.
plz