Sunday, May 17, 2009

16 MEI 2009 - AF7 grand finale!!


AKIM
ARIL
HAFIZ
YAZID
ISMA
*******************************************
AF7 sudah di penghujungnya.
Persembahan pembukaan tarian yang menarik diikuti calon2 juara menyanyikan lagu REVOLUSI. Isma sgt comel dengan dress putih pendek, dan calon2 lelaki nampak stylo. Pentas juga berbeza dr konsert2 akhir AF yang lain. Nampak gah dan sgt futuristik. Di konsert finale nie AF meletakkan pengkritik asal iaitu EDDRIE, DATO KHATIJAH IBRAHIM, n ADLIN AMAN RAMLI.
Persembahan permulaan dr calon juara, dimulakan oleh HAFIZ. Gimik bila DIN BERAMBOI naik nak tunjuk cara cover line kalu sakit perot. Kurang menjadi plak lawak DIN. Naper erk?? Lagu pertama HAFIZ, KAU BUNGA CINTAKU (anuar zain)…HAFIZ semacam mengalami masalah dengan lirik lagu nie…HAFIZ lupe lirik!! WHY? WHY? Terlalu neves ke?? Ke terlalu overconfident?? HAFIZ WHY?? (suara dr peminat yang ingin HAFIZ menang). Tak berjaya menaikkan bulu PAKWE. L
Persembahan ke2 dengan lagu baru, BENGANG dr AKIM!! Lagu slow yg penuh emosi…vokal AKIM stabil dan nampak serasi dengan lagu baru nie…cume pakaian mcm tak kene…sebab lagu sedih, pakaian mcm happy plak…2 casual sgt kowt…n persembahan AKIM ada kasi sikit naik la bulu PAKWE..HUHU!! J last gimik dengan ANGELINA si suara kepit kunun dtg konsert…
Persembahan ke3 dr YAZID.. Gimik dr LISA SURIHANI yg dtg sebagai jurufoto kekunun YAZID model… KASIDAH CINTA (dewa) … pakaian YAZID okay but 2 ordinary…MERAH ITAM!! Erm… but drama atas pentas dikala persembahan mcm best, bila lelaki bermain dengan sofa dan ramai pelakon… kabaret but okay!! Sesuai dengan lagu… vokal pown jelas…sgt berubah ye YAZID… nampak lah nak menang…
Persembahan ke4 dr ISMA… dengan lagu baru… BISIKAN…GODAAN… lagu fast number ciptaan suami sendiri… lagu sesuai dengan vokal ISMA cuma lagu nie mcm tak meletop sgt… terlampau lagu2 biasa yang mudah dilupakan… gimik bila suami ciptakan lagu nampaknya gagal!!
Persembahan ke5 ARIL dengan lagu KASIH TAK SAMPAI (padi)… gimik pembukaan dengan ADAM tunjuk cara cover nak jatuh tyme persembahan… mana vokal yg dikatakan hebat tu?? Ini ke AFMASUK disibukkan?? ARIL tak hebat membawakan lagu nie…KOSONG!! N persembahan kosong… tak de emosi langsung… AWOK kunun!! But thank god 2nd half ada naik skit persembahan… sokong EDDRIE, PANCIT!! Maybe ARIL rasa segan kowt coz b4 dia dah kene singkir… ARIL nampak mcm simpan sumthing n tak kasi kuar!! Maafkan lah bile AC tak high5 ARIL!!huhu wat malu je (national TV nie!!)
Pastu ada plak persembahan selingan dari mereka2 yang tak layak jadi pelajar AF7… boleh menyanyi but ada ke aura nak jadi penghibur?? Yg boleh komen persembahan selingan ini tak berjaya n takde WOW FACTOR!! Saja nak kasi peluang calon2 juara tyme lama skit tukar baju n touch up…
2nd round… HAFIZ ngan lagu sendiri MASIH JELAS… lagu slow number… lagu nie okay but tak mencabar vokal HAFIZ yang sesungguhnya hebat… mcm HAFIZ tak berada dlm ruang kehebatannya… mcm sengaja diberikan lagu yg terlalu biasa buat dia… thank god peminat ada nak cover HAFIZ.. but still lagu nie kuat kat CHORUS dia
AKIM ngan suar platinum sexy…(mcm tak selesa plak)… BENCINTA (faizal tahir)… persembahan meletop okay!! AKIM berjaya membuatkan lagu ini lagu AKIM… lagu nie biasanya KASAR, but AKIM wat lagu nie soft skit…n stil tak boring!! Mcm AJL plak pesembahannya!! Bulu PAKWE naik lagee… mcm mana nie?? Persembahan yang tak dpt dilupakan… JUARA maybe??
YAZID dengan lagu baru… YA PA PA… lagu fast number yg menarik perhatian… but persembahan YAZID mcm copy mingguan nyer konsert je.. ERM!!?? N agak mendatar…tak plak nak tunjuk kehebatan vokal dia yg dikatakan manly tu… yes EDDRIE SLUMBER!! YAZID kata kalu dia menang AKAN HANCUR LAH DUNIA INI… huhu cute!! Tetibe ANGELINA si suara kepit muncul lagee…BORING!!
ISMA cantik ngan dress ijau…dah mcm SITI bersaudara plak… ngan lagu CINTA ADAM DAN HAWA (misha omar)… lighting n angin utk persembahan ISMA meletop!! Tapi vokal boleh dipertikaikan lagee… too soft kowt… still tanak let out d diva in her!! Bila terlalu nak buat mcm artis asal, lagu gagal disampaikan dengan baik… cantik je tak jadik jugak!!
ARIL dengan lagu baru… TOKSIK… a fast number song… tak dengar la apa yg ARIL nyanyikan… erm!! Lagu pown tak menarik…LANGSUNG!! N perlu naikkan kaki kat meja pengkritik?? N gunekan pengkritik s ur show prop?? Sgt kurang ajer!! But still disukai ramai…not PAKWE!!
Habis persembahan ARIL, bekas2 pelajar AF7 plak wat show…mula ngan si penyanyi dangdut tu…lupa plak nama dia…HUHU!! Diikuti ngan RINI, si cantik bertudung… OBRI plak (boleh ke jadi artis??...huhu)… RUBISA yg kecoh dikatakan bakal juara…tak pown!! Huhu… ZIZI si penyanyi nasyid yg rocker yg asik busan…huhu… SIDI di tinggi yg bersuara sedap but takde rupa… QHAUD lagee sorg suara sedap tapi maybe tak cukup aura… CLAUDIA sedap bawak lagu tyme nie…SURALAYAR!! AISHAH dan sebenarnya sgt cute, coz PAKWE dah jumpe dia LIVE!! Love u AISHAH…PAKWE nak AISHAH jugak lah nak lawan ngan AKIM!! Wahahahahahaha…
WAH persembahan dari STACY last season juara… ngan lagu GAGAP… energatic giler… love STACY sgt cume pakaian mcm tak wanita la… tak nampak wanita yg nak bangun dr ketipuan lakinya n nak tunjuk kemantapan wanita itu sendiri…. PAKAI BUANG di transform semakin feminin… dah mcm persembahan tarian plak…huhu… but vokal STACY besh!! AGNES MONICA MALAYSIA kowt!! But STACY will always be STACY!! SUPERSTAR dah STACY!!
Persembahan wajib…MENUJU PUNCAK!! Inilah kekuatan AF… n tetibe sume pelajar ada menarikan dan menyanyikan lagu MENUJU PUNCAK ini… musim nie pakaian pelajar sgt world class n sgt clean… suke PAKWE tgk… MERAH PUTIH itu sexy!!
GRADUASI tyme…
Ke5 - ISMA
Ke4 - YAZID
Ke3 - AKIM
Ke2 - ARIL
JUARA AF7 - HAFIZ

Yeay yeay HAFIZ juara!! N tahniah juga buat semua calon juara…
Sesungguhnya PAKWE boleh katakan AF7 sesungguhnya menjadi satu sejarah dimana AF7 sgt lain dr AF yang dahulu…dan telah memberi satu mimpi baru kepada peminat AF!!
Ada takde AF8 kita nantikan je…MWAHA!! PAKWE out!!

3 comments:

Duke Luce Dell'amore said...

kmain pnjg owg tua ni berceloteh..
btw, jim sokong all ur point..

xde yg bercanggah ngan pendapat jim pun..


bg jim,Aril was TOO OVER!!!meluat gile!wawawawa..

rizz said...

hafiz deserve mng..pape pon akim best haha

malaysia baru said...

orang melayu...seronok sangat dengan dgn hiburan..
pada hal kita tak ada apa...di negara kita...segala2nya di kuasai oleh bangsa lain...