Monday, June 1, 2009

31 MEI 2009 - PENANTI, REKOD PERATUS UNDI PALING BURUK

Menang 6,052 undi sahaja
Peratus undian Penanti catat rekod paling buruk
BUKIT MERTAJAM 31 Mei _ Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mencatatkan sejarah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar mengundi.
Walaupun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau hanya mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.
Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu 7,346 undi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan peratusan tersebut jauh lebih rendah dan rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Keputusan pilihan raya tersebut juga jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi tidak mahu keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan cara pilihan raya itu diadakan hanya semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah dalaman PKR.
Tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya kecil juga dilihat sebagai satu ‘penyalahgunaan demokrasi’ secara terang-terangan oleh PKR selain membazirkan wang rakyat.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, peratusan yang kecil itu merupakan ‘protes’ yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan rakyat.
petikan UTUSAN ONLINE
***************************************************
p/s: erm...kenapa erk??
tak cukup hebatkah mereka??
tu lah bila asik bercakap JUAH
sekarang dah terbukak semua
rakyat dah tak larat makan ANGIN kowt
but pape pown
TAHNIAH!!

3 comments:

Mohd Sufian said...

Bile masa pakwe pandai ni?

p.a.k.w.e. said...

bukan pandai
amik tau je PYAN KEMAIN

Mohd Sufian said...

Hehe... Go.. Go... Orang Penang. :P