-
2 warga kita dianugerah Saintis ASEAN
JAKARTA 15 Julai - Empat saintis dari ASEAN termasuk dua rakyat Malaysia dianugerahkan sebagai 'Saintis Masa Depan ASEAN' dalam satu majlis di Sekretariat ASEAN di sini Selasa.
Saintis it dipilih dari kalangan penyelidik muda dari rantau ini yang menyertai Mesyuarat Pemenang Hadiah Nobel ke-59 di Lindau, Jerman dari 28 Jun hingga 3 Julai.
Mereka ialah Mohd. Sukor Su'ait dan Lye Yan Ni, kedua-duanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Chia Weisheng (Nanyang Technological University, Singapura) dan Marc Rhyan J. Puno (De La Salle University, Filipina).
Keempat-empat mereka merupakan kumpulan pertama penuntut yang mewakili ASEAN pada perhimpunan yang berprestij itu.
Puno, bagaimanapun tidak menghadiri majlis itu di sini, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN yang beribu pejabat di Jakarta.
Mesyuarat itu menarik hampir 600 penyelidik muda dari seluruh dunia, yang memberikan mereka peluang untuk mengadakan perbincangan saintifik dan berinteraksi dengan lebih 20 pemenang hadiah Nobel.
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan dalam ucapan berkata, mesyuarat di Lindau itu menyediakan penyelidik muda peluang untuk berinteraksi dengan minda cerdik dari seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kita bercadang menyediakan lebih banyak peluang kepada individu berbakat dari ASEAN untuk mengambil bahagian pada mesyuarat seperti itu pada masa akan datang. Faedah yang diperoleh bahawa mereka akan cemerlang, kedua-dua di negara mereka dan rantau ini," kata beliau. - BERNAMA

(dipetik dr UTUSAN MALAYSIA ONLINE)
-
p/s: bangge nie sebab pernah makan ngan SUKOR M
MWAHA!!
4 comments:
hebat syuk!
kan HEBAT dia
uhu. thnx
thanx je ke sukor m??
kah kah kah
Post a Comment