Friday, April 2, 2010

DORIAN GRAY - muvie from PAKWEs lappy

Muvie nie muvie tahun lepas 2009
Mengisahkan tentang siapa si lagenda DORIAN GRAY
-
DORIAN GRAY mengisahkan tentang bagaimana DORIAN GRAY mendapat kuasa tidak tua dan tidak akan luka atau mati
Kisah yang berkisar di tahun 1800 bermula dengan satu pembunuhan
Satu pembunuhan dan mayat dibuang di dalam laut
Kemudian kesah di bawa ke setahun sebelum
Di mana DORIAN GRAY baru pulang dari suatu tempat
Dan dia baru kehilangan ayahnya
Dan mewarisi semua harta ayahnya
DORIAN GRAY ni seorang yang sgt naif
Dan telah jatuh cinta ketika di bawa pergi berhibur oleh saudaranya di satu tempat maksiat
Dan cinta hati nya itu adalah seorang pelakon teater
Namun hasutan saudara DORIAN telah membuatkan dia menjadi seorang yang tidak seperti dia sebelumnya
DORIAN juga telah diperkenalkan kepada seorang pelukis
Dan telah melukis potret DORIAN yang telah menjadi satu fenomena
Dan tanpa disedari DORIAN telah melakukan perjanjian dengan syaitan melalui saudaranya di satu malam dengan tidak akan dimakan usia menggantikan potret nya itu
Oleh sebab itu DORIAN menjadi terlalu menginginkan kepuasan hidup dengan melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya
Kerana tiada apa yang perlu dia risaukan
Dah itu telah membuatkan teman wanita DORIAN bunuh diri
Walau ini menyedihkan DORIAN
Dia tetap melakukan perkara harian nya yang gila itu tanpa memikirkan apa-apa
Bukan sahaja anak dara malah orang-orang tua
Dan juga lelaki menjadi pemuas nafsu DORIAN
Bila ada yang mengetahui rahsia muda DORIAN
Orang itu akan dibunuhnya
Sampai ke satu ketika saudara DORIAN sendiri dah berusia
Namun DORIAN masih kekal muda
Dan ini membuatkan saudara DORIAN tidak senang duduk
Sebab dia mempunyai seorang anak gadis
Dan risau akan menjadi mangsa DORIAN kelak
Dan saudara nya sendiri yang berusaha membongkar sebab DORIAN masih muda
Dan ingin menghentikannya
Pengakhiran muvie ini DORIAN GRAY tetap mati kerana potretnya dimusnahkan
PAKWE tak rasa muvie nie cukup kuat dengan lagenda yang dibawakan itu
Masih ada kosong2 ruang yang sepatotnya dipenuhkan lagi dengan lebih serius
Namun masih bagus kerana at least PAKWE tau itu lah cerita DORIAN GRAY
PAKWE kasi 6 BINTANG dari 10 BINTANG
MWAHA!!
-
p/s: mcm ada je manusia yang buat bende nie sekarang nie kan……HURM!!

No comments: