Wednesday, May 5, 2010

LELAKI 2010 – Work it! Dapatkan senjata yang anda perlu untuk buat kerja dengan betul

10 CARA MUDAH, MURAH NAIKTARAF KEHIDUPAN PEJABAT ANDA
-
1.Sediakan Ruang Untuk Idea-Idea Anda
Hemingway ada satu. Juga Picasso dan van Gogh. Buku nota yang kompak kekal standard untuk penulis, artis, dan siapa sahaja yang beraspirasi. Biarkan satu berhampiran dengan anda untuk flash inspirasi anda.
-
2. Dapatkan Kehidupan
Aksesori sempurna buat pejabat anda? Kehidupan. Cubalah dengan tumbuhan rumah yang kecil-kecil atau kepelbagaian bunga (cukup memenuhkan satu pasu sempit). Carilah philodendrons ke, pokok jade ke – mana-mana pokok rumah yang senang hidup.
-
3. Cari Sebab Untuk Meninggalkan E-mail
Seberapa kerap anda menggunakan e-mail? Anda akan kagum dengan nota bertulis. Carilah alat tulis yang boleh menahan bahasa anda. Tulislah sesuka hati anda.
-
4. Terangkan
Dapatkan lampu yang sesuai.
-
5. Bermainlah
Carilah mainan di meja anda. Anda boleh menggunakan ia sebagai pelepas stress atau sebagai pemberat kertas.
-
6. Carilah ‘Date’ Yang Lebih Menarik
Kalendar pernah digunakan sebelum PDA. Dapatkanlah yang sesuai dan serasi dengan jiwa anda. Boleh menjadi hasil seni dinding anda.
-
7. Rock Instrument Baru
Buanglah mug tempat letak pen dan pensil anda tu. Cuba dapatkan pen yang dwi fungsi, diputar boleh menjadi pensil dan kembali menjadi pensil. Hebat tak?
-
8. Hapuskan 'Random Pile'
Jangan buang masa membuat kerja dan meneliti kertas yang sama. Terdapat book tabbed yang dapat membantu anda menelusuri hari-hari anda tanpa gangguan yang lain.
-
9. Kekal Berhidrasi
Buang botol plastik yang ada di atas meja anda sejak tak siapa tahu tu. Banyak pitcher yang cantik-cantik terdapat dipasaran yang dapat memberitahu anda supaya sentiasa minum lebih air.
-
10. Dapatkan Gambaran Terbaik
Bawalah gambar-gambar orang-orang dan tempat-tempat bagi mengingatkan anda sebab anda berada di pejabat. Sedikit sudah memadai tapi sentiasalah bertukar bagi tidak menampakkan anda ketinggalan zaman.
-
p/s: baru lah rasa mcm tanak balik je kan...KAN KAN KAN??!!

No comments: