Wednesday, June 2, 2010

LELAKI 2010 - lelaki sejati pakai pink

Memang terdapat sesuatu yang mengiurkan tentang pink. Mungkin sebab secara psikologi ianya dikenali sebagai mempunyai kesan ketenangan. Atau mungkin pink mudah dipadankan dengan hampir kesemua tona kulit. Atau mungkin sebab lelaki yang memakai pink lebih konfiden, namun masih sensitif. Ia juga boleh dikatakan yang pink mudah dipasangkan dengan hampir semua warna di dalam wardrobe anda – ia sangat hebat dengan kelabu, tan, hitam, biru navy dan biru-biru lain. Dan akhirnya, jika anda masih tak yakin dengan kehebatan pink, wanita sukakan pink dan akan memberi 2 kali pandangan kepada anda. Oleh itu, cubalah pink jika anda belum pernah.
Disini digariskan 4 cara anda menggunakan warna magic ini di dalam wardrobe anda.
-
SWEATER
-
Kenakan sweater kasmir crew neck dengan seluar gelap, satu gaya seksi wujud. Ini membuktikan bagaimana sesuatu yang klasik dan ringkas seperti sweater pink boleh menjadi show stopper.
-
KEMEJA
-
Kemeja pink adalah satu cara paling mudah untuk memasukkan pink dalam wardrobe anda. Ianya mudah dipakai dengan sut, di bawah sweater atau ia sendiri dengan seluar atau jeans.
-
SUT
-
Musim panas dan musim bunga adalah waktu terbaik memakai sut pink. Carilah dari seersucker atau kapas ringan. Ianya adalah yang terbaik untuk dipakai ketika perkahwinan musim panas atau parti.
-
AKSESORI DAN KEMEJA T
-
Jika anda tidak dapat memasukkan unsur besar pink dalam wardrobe anda, mulakan dengan yang kecil. Tali leher, kemeja t, topi, atau skarf dengan jalur pink adalah cara terbaik memulakannya.
-
p/s: pink jugak adalah warna kegemaran NABI MUHAMMAD SAW

4 comments:

dayah aziz said...

fahrin slalu gk pkai pink..
ensem kan die..=p

p.a.k.w.e. said...

no komen

Meen said...

hahha ^_^ yeahh!!! bangkitkan dgn PINK...kan lembutt tue.. SOKONG PAKWE!!!

p.a.k.w.e. said...

yes teruskan sokong yer