Monday, July 12, 2010

LELAKI 2010 – ENAM CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK MENYEGARKAN STAIL ANDA

Jangan biarkan kekurangan bajet anda mengurangkan stail anda. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan anda kelihatan segar walau diketika anda sedang berbelanja berhemah. Hanya memerlukan sedikit usaha dan mungkin melihat rak-rak sale. Sama ada anda menyatukan semua atau tidak, di sini terdapat enam cara mudah dan murah untuk menyegarkan stail anda.
-
1. PAKAI LEBIH WARNA
-
Cara terbaik menghidupkan gaya anda adalah dengan menyemarakkan lebih warna ke dalam wardrobe anda. Mungkin ini hanyalah persoalan memakai kemeja t berwarna terang di bawah sweater v-neck. Menambah warna akan menghidupkan daripada warna-warna nutral yang bosan. Tapi perkara yang paling penting adalah memakai warna berdekatan dengan muka anda kerana di situ impaknya adalah kuat dan membuatkan anda tidak kelihatan tenggelam.
-
2. CARILAH KACAMATA YANG BARU
-
Kacamata adalah cara yang bagus mengekspreskan diri anda juga. Yang menariknya tentang kacamata adalah anda boleh memakai jeans dan kemeja t, tapi dengan kacamata yang betul anda akan kelihatan fashion savvy.
-
3. SAJIKAN DIRI ANDA DENGAN SATU ATAU DUA PERSALINAN YANG SUPER
-
Jika anda boleh memilikinya, dengan membeli satu atau dua persalinan yang hebat akan sentiasa membuatkan anda kelihatan bergaya. Mungkin kot sukan yang cool, jaket kulit atau sepasang seluar jeans yang hebat yang betul-betul menunjukkan aset anda. Walau apa pun ia, pastikan ia akan anda pakai selalu dan membanggakan.
-
4. PAKAILAH TALI PINGGANG YANG HEBAT
-
Anda pasti perasan yang tali pinggang dengan pelbagai gaya dan perincian dengan buckle hebat sekarang sudah menjadi kenyataan fesyen. Dan ia juga tidaklah mahal.
-
5. ELAKKAN KASUT YANG KOYAK
-
Sepasang kasut koyak sesungguhnya menghampakan. Tak kisahlah anda memakai kasut dress atau sneaker, pastikan ia kelihatan yang terbaik. Ini mungkin dengan mengkilatkan kasut anda atau dapatkan sahaja yang baru.
-
6. DAPATKAN JAM TANGAN YANG GROOVY
-
Sejak lelaki tidak mempunyai pilihan bila berkenaan dengan barang kemas, ini adalah cara terbaik untuk menunjukkan diri anda dan menghidupkan gaya anda. Dan banyak jam tangan murah dan hebat di luar sana.
-
p/s: mahal tak semestinya cantik, dan murah tak semestinya buruk
Berpadalah dan mix & match ur style 2 the world n ull love it how people love u more

No comments: