Thursday, October 7, 2010

07 OKTOBER 2010 - akhirnya kini pasti

Tuan

PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

Setelah meneliti dan menimbangkan Laporan Penilaian Prestasi Perkhidmatan serta perakuan yang telah dibuat oleh Ketua Jabatan tuan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Kakitangan Kumpulan Sokongan UiTM melalui mesyuarat yang ke-141 pada 25 Ogos 2010 telah bersetuju melulus dan mengesahkan tuan ke dalam perkhidmatan berkuatkuasa mulai 04 Mei 2010.

2. Tahniah diucapkan di atas pengesahan tuan ke dalam perkhidmatan dan diharap tuan akan terus menyambung perkhidmatan cemerlang yang tuan tunjukkan selama ini demi kepentingan Universiti Teknologi MARA.

3. Syarat-syarat perkhidmatan tuan adalah seperti yang terdapat dalam surat tawaran jawatan bilangan 500-BPD(PRJ.23/4/4) bertarikh 11.08.2005.

4. Berdasarkan tawaran opsyen bertarikh 03.05.2010 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2010, tuan telahpun memilih Skim Pencen. Opsyen tersebut adalah muktamad dan akan dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatan tuan. Tarikh kuatkuasa perletakan taraf berpencen tuan tertakluk kepada kelulusan daripada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sekian, terima kasih.

'Selamat Menjalankan Tugas'

-
p/s: walau pening giler
happy juger at last...ALHAMDULILLAH

7 comments:

Miss Meen said...

Waaahhhh ALHAMDULILLAH !!!! dapat jugak yerr..
d0akan kiter pulak yer...huhuhu..xda keje tetap lagi T_T

Adit Iezwan said...

Tahniah pakwe...dah tetap dalam perkhidmatan

p.a.k.w.e. said...

ada tu MEEN nanti amin
thanx ADIT

yangbaik said...

la... baru sah jawatan ker
wat ever lah... tahniah juga dari aye, moga terus berbakti... hehehe

p.a.k.w.e. said...

tu lah YANGBAIK
setelah sekian lama
n atas salah org lain
PAKWE redha n bersyukur

"myheart"-abieyazaly- said...

senasib la kite pakwe...apa pon tahniah...

p.a.k.w.e. said...

yeke ABIEY
baru juger ke