Wednesday, January 12, 2011

09 JANUARI 2011 - AJL 25

lepas layan SEASON OF THE WITCH ngan TAUFIK
PAKWE ada meeting lagi
ngan MAN yang sebok beronda2 di sekitar SUNWAY
*sebab pegi jumpe buah hati kununnya tadi
-
lepak minum-minum PAKWE ngan MAN kat KASSIM MUSTAFA BANDAR SUNWAY
bersembang
merapu
gelak
makan roti cenai telor
gelak
bersembang
merapu
gelak
dan balik lepas embun turun
*tak sempat nak masker
-
balik BIREW, PAKWE terus tidor
-
bangun je teros tergedik-gedik bersiap
nak pegi opis
sajer nak wat pape yg boleh
-
n sempat plak paksa org
PAKWE nak lepak ngan dia sambil layan AJL 25 mlm nie
dan dipersetujui walau mcm tak baper ikhlas
KAH KAH!!
dan terbanglah PAKWE ke USM PULAU PINANG jam 08pm
-
PAKWE dijemput ke rumahnya
dan sampai PAKWE cun2 AJL 25 pown start lah
-
+AJL 25+
dr persepsi PAKWE
-
secara keseluruhan nampak cantik
pentas, lampu dan sound serta etc
walau PAKWE jelas nampak ada ciri TRON LEGACY dlm tu
-
dan persembahan pembukaan yang memang mantap
FRAN, NASH, & M NASIR
bagi membawa kembali kenangan AJL dahulu-dahulu
*namun mcm tak perlu slot M NASIR n JAMAL, sebab takde pown JAMAL nyer
-
dan diperkenalkan 3 pengacara AJL 25
FAIZAL ISMAIL, ALLY ISKANDAR & CHERYL SAMAD
mantap dan menghiburkan
*walau pakaian CHERYL yg kuning sgt tah pape, mcm baru lepas kene rogol
-
pertandingan dimulakan dengan YUNA, CINTA SEMPURNA
YUNA sangat cantik dalam pakaian jingga dengan perincian kasar di sebelah tangan
menunjukkan tundung bukan alasan untuk tidak bergaya
dengan hampir keseluruhan persembahan membawa nilai senja
merupakan pembukaan terbaik dengan vocal yang mantap dan mengusik penonton
-
diteruskan dengan persembahan dari TOMOK, BERLARI
sangat teruja dengan tarian sehingga membuka persembahannya dengan tarian
sikit mengganggu perhatian
namun fashion biru hitam TOMOK okayh lah
walau mcm tak kene dengan lagu yang disampaikan
susunan muzik yang banyak diubah macam kena dengan persembahan tapi gaya yang dipakai mcm tak kena
-
A.P.I., PELITA merupakan gabungan kumpulan-kumpulan india MALAYSIA
memberikan persembahan terbaik mereka
dengan persembahan ala peperangan n perjuangan walau ada sikit sebijik MY CHEMICAL ROMANCE
vokal NOH yang biasa digabungkan dengan kelantangan vokal AZLAN memang masyuk
-
persembahan diteruskan lagi dengan SHAHIR, KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN
secara permulaannya nampak sangat kosong
sebab SHAHIR berbaju yg sgt putih dan tidak memberi impak
sambil bernyanyi ada monolog dari NASHA AZIZ yang sebenarnya sangat mengganggu persembahan
vokal SHAHIR tak kuat dan SHAHIR nampak tak sehat
dan sesungguhnya kehadiran NASHA AZIZ dipentas tidak membantu SHAHIR
tetapi
tamparan NASHA di akhir persembahan sedikit mencuri perhatian penonton yang sedang tidor
-
MEET UNCLE HUSSIN & BLACK, DRAMA KING meneruskan persembahan AJL 25
pakaian BLACK sebagai penyanyi utama nampaknya gagal tidak seperti pakaian pemain muzik MEET UNCLE HUSSIN yang lebih mantap
persembahan lirikal yang klise tidak mendatangkan kesan
tetapi akan lebih nampak DRAMA sekiranya pakaian dititikberatkan dari top to toe dan makeup heavy
supaya lebih costumy
tapi pape pown vocal BLACK memang mantap
-
diteruskan lagi dengan HAFIZ, NOKHTAH CINTA
rambut HAFIZ sudah kembali kembang namun pakaian yang dikenakan sangat tidak menarik
merah hitam yang tidak mendatangkan hubungan lagu dan persembahan
namun vokal HAFIZ sesungguhnya terbaik
dan memuaskan penonton
dan PAKWE tak paham releven di sebalik selendang HAFIZ
namun penonton dikejutkan dengan sesi HAFIZ ditembak dan seakan berlaku kekacauan di pentas
dan HAFIZ kembali dengan pakaian serba putih mencerminkan kembalinya dia dari kejatuhan
-
ANA RAFFALI meneruskan pertandingan dengan TOLONG INGATKAN AKU
gemersik dengan bunyian gitar serta pakaian baju kurung putih ANA RAFFALI
nampak ayu
dan persembahan diserabutkan dengan porps2 merapu ala penjara
dan sesi tukar baju ala magis
dan kehadiran ZAHIRIL ADZHIM yang penuh teaterikal
namun suara ANA RAFFALI kedengaran sangat penat dan tidak kesampaian
-
AJL 25 diteruskan dengan 2nd hal persembahan
FAIZAL TAHIR, SELAMAT MALAM
menampilkan drama kekeluargaan yang sangat PAKWE tak paham
walau menampilkan NURKHIRIAH, FATIMAH dan anak, DATO AZIZ SATAR dan isteri
tapi apabila kelihatan tidak lancar
hilang seri mereka
dan mcm persembahan hari raya plak
but vokal FAIZAL TAHIR memang mantap
-
diteruskan lagi dengan ADIRA, KU ADA KAMU
ADIRA cantik dengan warna putih di antara mereka yang merah
namun membosankan sebab terlalu biasa
persembahan sangat tak relevan dan terlalu tipu
dan vokal ADIRA tidak sekuat ADIRA di final AF
-
BUNKFACE, dengan EKSTRAVAGANZA meneruskan persembahan
persembahan no komen
sebab terlalu mcm konsert yang biasa kita lihat
but sikit perubahan pada susunan lagu mengubah mood penonton kepada melodrama
dan vokal takde masalah
-
BLACK, SOFEA JANE mencuri pentas seterusnya
berbaju putih semua yang sangat tidak menarik
ditambah dengan taman yang sangat 1990an dan tarian klise yang tidak menarik
namun kejayaan BLACK adalah vokal terbaiknya
-
FAIZAL TAHIR kembali lagi dengan persembahan keduanya
HANYUT
FAIZAL TAHIR tampil dengan berkonsepkan rock seperti biasa
tetapi dengan tangan berikat di dalam penjara
masih mempunyai ciri MY CHEMICAL ROMANCE
dan dikuatkan apabila FAIZAL TAHIR dijatuhkan ke dalam tangki air
dan disaksikan dia melepaskan diri dari ikatan tangan tadi
vokal mantap dan satu persembahan baru dari FAIZAL TAHIR
-
AJL 25 diteruskan dengan STACY, JAHAT
ditunggu-tunggu ramai tapi mengecewakan ramai
STACY terlalu mahu membawa VIDEO KLIPnya ke real
dan menjadi persembahan paling tidak menghiburkan malam itu
-
dan AJL 25 diakhiri dengan HUJAN, MENCARI KONKLUSI
tiada apa yang menarik dalam persembahan HUJAN ini
sebab dah mcm konsert HUJAN
walau muzik sikit dikeraskan
tapi masih sangat-sangat biasa
-
bagi memberikan juri-juri mencari JUARA LAGU ke 25
AJL 25 diserikan dengan persembahan dari 3 DIVA MALAYSIA
DATUK SHARIFAH AINI, ZIANA ZAIN, & DATUK SITI NURHALIZA
DATUK SHARIFAH AINI dengan 2 lagu
yang sememangnya menonjolkan vokal hebat TOK PAH
pakaian merah berlitup TOK PAH sememangnya cantik
-
disambung dengan persembahan 2 lagu oleh ZIANA ZAIN
sangat menawan dengan dress kembang hitam yang sgt cantik
memang mantap sebab ZIANA ZAIN dah lama tak nyanyi
-
dan diakhiri oleh DATUK SITI NURHALIZA
dengan 3 lagu etnik kreatif beliau
namun suara CT sememangnya menghampakan
semacam dah tidak kuat dan rasa tak puas mendengarkannya
manakala pakaian CT tidak membantu walau cantik
warna yang berjaya dikalahkan oleh MERAH TOK PAH dan HITAM ZZ sebelumnya
CT seperti tiada
-
dan malam itu juga lawak-lawak yang disampaikan oleh pengacara AJL 25 banyak berkisar dengan filem ADNAN SEMPIT dan HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
dan mencuri perhatian PAKWE
-
dan keputusan AJL 25
*vokal terbaik : HAFIZ, NOKHTAH CINTA
*persembahan terbaik : FAIZAL TAHIR, HANYUT
*3 : NOKHTAH CINTA / AJAI / SHEIKH QALAM /HAFIZ
*2: DRAMA KING / TEJA / TUN TEJA / MEET UNCLE HUSSIN & BLACK
*1 : TOLONG INGATKAN AKU / ANA RAFFALI

-
satu kejutan besar apabila ANA RAFFALI menang AJL 25
namun PAKWE mahu mengucapkan TAHNIAH
ANDA BERJAYA!!
-
p/s: apa yang TOLONG INGATKAN AKU masih baru dan layak menjadi juara

5 comments:

Fariehan Ibrahim said...

pergh!
ulasan yg sgt pnjg lebaq n terbaeklh. XD

Anonymous said...

Ct tak c,hat rr mlm tu MR P...

mr.syazwan said...

suka Tok ti, Kak Jiana, n tok pah je

=_=

Miss Meen said...

^_^
Pendapat PAKWE yg cuku mantap !!!
^_^
Bunkface tuh pulak..hehhe cume suara SAM tuh tak dengar

p.a.k.w.e. said...

FARIEHAN: yeke panjang?wuwu
BUKANKOSONG: yeke tak sehat?sian
MR SYAZWAN: sama
MISS MEEN: mantap ke?wuwi