Sunday, January 9, 2011

THE TOURIST - 04 JANUARI 2011

+THE TOURIST+
gsc sunway carnival mall
0715pm
kim
-
+GENRE+
action, romantic
-
+TENTANG+
THE TOURIST mengisahkan tentang percintaan antara seorang wanita, ELISE dan seorang penjenayah yang dikehendaki di hampir semua negara, ALEXANDER PEARCE
dan akibat dikehendaki bukan hanya oleh pihak polis, namun juga oleh geng gengster yang telah ditipunya
ALEXANDER PEARCE perlu berjumpa dengan teman wanitanya secara rahsia kerana tahu ELISE diperhatikan oleh pihak polis
dan ALEXANDER telah memberikan sepucuk surat kepada ELISE supaya ELISE mencari seorang lelaki yang hampir mirip ALEXANDER PEARCE bagi mencuri perhatian pihak polis
dan ketika ini lah ELISE telah bertemu dengan seorang lelaki bernama FRANK
seorang cikgu matematik
dan pihak polis sempat membuat kajian bahawasanya FRANK bukanlah ALEXANDER PEARCE
dan tidak mengendahkan lelaki tersebut
sebaliknya memberi lebih perhatian kepada ELISE
ELISE telah kembali mendapatkan FRANK dan membawanya kembali ke hotelnya dan memperkenalkan FRANK sebagai suaminya
walau pihak polis sudah tahu bahawa FRANK bukan ALEXANDER PEARCE, namun pihak gengster masih mengganggap FRANK adalah ALEXANDER PEARCE
dan berlaku pergelutan yang mana mahukan FRANK hidup-hidup bagi mengembalikan duit yang telah dicurinya
dan ketika ini ELISE masih kembali menyelamatkan FRANK walaupu FRANK bukanlah ALEXANDER PEARCE padanya
dan sedikit sebanyak ELISE sebenarnya telah jatuh hati kepada FRANK
dan ketika ini ELISE telah membuka penyamaranya yang mana ELISE adalah seorang anggota polis dan akan menyerahkan ALEXANDER PEARCE ke tangan pihak polis bagi menyelamatkan FRANK yang sedang dilanda bahaya
-
+BEST+
lokasi kota cinta yang sesungguhnya mengagumkan
juga hotel2 yang mempunyai dekorasi mewah dan WOW!!
lakonan mantap ANGELINA JOLIE & JOHNNY DEPP yang pelik tapi menjadi
movie yang berakhir dengan twist yang menggembirakan dan comel dimana FRANK adalah ALEXANDER PEARCE
-
+WORST+
lakonan ANGELINA JOLIE yang mcm klise je
-
+ULANG TENGOK?+
sesungguhnya akan dan akan simpan dalam lappy jugak!!
-
p/s: movie penjenayah yang sgt sweet dan romantik

No comments: