Wednesday, February 2, 2011

THE RED EAGLE - 30 JANUARI 2011

+THE RED EAGLE+
gsc sunway carnival mall
1225am
-
+GENRE+
aksi/superhero
-
+TENTANG+
THE RED EAGLE mengisahkan tentang negara THAI yang memerlukan superhero sebab banyaknya penjenayah sehingga terbinanya loji nuklear yang boleh merosakkan kedamaian THAI
bermula dengan sesi meraih undi rakyat bagi menjadi PERDANA MENTERI THAI dengan janji tidak akan meluluskan terbinanya loji nuklear
tetapi apabila berjaya mendapat takhta PERDANA MENTERI, loji nuklear dibina dan suara rakyat tidak dipedulikan
VASANA yang merupakan tunang PERDANA MENTERI telah memutuskan pertunangan mereka kerana percanggahan pendapat ini
VASANA merupakan wanita yang mengetuai gerakan protes nuklear dan sering kelihatan bagi mempertahankan kesucian dunia tanpa nuklear
di sudut lain, sekumpulan geng penjahat telah ditemui mati dengan sadisnya oleh orang yang dikenali sebagai THE RED EAGLE
dan seorang pegawai polis, CHART ditugaskan bagi menyiasat kes THE RED EAGLE ini dengan bantuan seorang lagi pegawai polis, SINGH
maka bermulalah buruan mereka terhadap THE RED EAGLE
THE RED EAGLE akan membunuh ahli-ahli politik dan berpengaruh yang sesungguhnya jahat dan merupakan ahli satu kumpulan
disebalik kisah THE RED EAGLE ini juga dipaparkan kisah yang mana VASANA pernah mengenali THE RED EAGLE secara tiba-tiba
dalam satu kejadian THE RED EAGLE telah ditembak di kepala dan VASANA telah membuka topengnya dan membawanya ke hospital secara sembunyi
dan akibat bantuan ini, THE RED EAGLE seperti mahu menjaga VASANA selamanya
THE RED EAGLE sebenarnya adalah ROME, kawan baik kepada CHART
namun CHART tidak mengetahuinya
tetapi SINGH yang membantu CHART sebenarnya menyamar bagi mendapatkan ROME untuk membalas dendam lamanya
-
+BEST+
lakonan terbaik setiap pelakonnya
superhero yang sesuai dan tidak melampau
tidak membosankan dan membawa penonton semakin mencari seterusnya
aksi-aksi yang ditampilkan sangat international
dan CGI yang tidak pecah lubang
-
+WORST+
watak polis yang tak mantap pelakonnya
sepatutnya boleh dapat pelakon lelaki lagi bagus dari itu
dari segi fizikal lah maksud PAKWE
-
+ULANG TENGOK?+
BOLEH JE ajak PAKWE kalu ada sesaper yg mau layan!!
-
p/s: ada sambungan muvie nie

No comments: