Monday, March 7, 2011

BURLESQUE - 18 FEBRUARI 2011

+BURLESQUE+
gsc sunway carnival mall
mel
-
+GENRE+
muzikal/drama/romantik
-
+TENTANG+
BURLESQUE mengisahkan tentang seorang gadis yang ke bandar LOS ANGELES bagi memenuhi impiannya
ALI suka menyanyi dan menuju ke LOS ANGELES dari IOWA
bagi mencari kerja dalam bidang nyanyian atay persembahan
namun pencariannya seperti menemui jalan buntu
sehingga satu malam ALI menemui BURLESQUE, bar hiburan yang menampilkan persembahan wanita-wanita cantik yang miming lagu
ALI memasuki BURLESQUE dan telah menyaksikan persembahan dari TES dan penari-penari wanita yang sesungguhnya menerujakan ALI
dan JACK si lelaki bar telah menyuruh ALI naik bertemu TES
namun TES tidak mahu diganggu dan ALI terus kembali kepada JACK dan cuba menjadi waitress
dan ALI terus diterima sebagai waitress di BURLESQUE
namun keinginan ALI untuk berada di atas pentas sangat terserlah
dan apabila kekosongan penari BURLESQUE dibuka
ALI mengikuti ujibakat dan telah membuatkan TES menerimanya sebagai salah seorang gadis BURLESQUE
dan di satu persembahan, ALI telah disuruh menggantikan tempat NIKKI yang mabuk
dan NIKKI telah mensabotaj persembahan ALI
namun ALI telah menggunakan peluang ini untuk mempamirkan kehebatan suaranya
dan telah menyanyikan lagu secara langsung
dan kejelasan suara besar ALi telah membuka mata semua orang
dan terus menjadi watak utama BURLESQUE sejak dari malam itu
dan ALI semakin disayangi di BURLESQUE
termasuklah JACK teman serumah ALI yang telah jatuh cinta pada ALI
namun tidak berani menyatakannya kerana JACK sudah mempunyai tunang
walaupun BURLESQUE meriah dengan persembahan menarik
tetapi BURLESQUE mempunyai masalah kewangan dan mempunyai masalah dengan pihak bank
dan ketika inilah ALI membantu TES dalam menyelamatkan BURLESQUE
-
+BEST+
wardrobe BURLESQUE yang sangat mantap dan super eksklusif
wanita-wanita hot yang sesungguhnya tahu bergerak
dan kehadiran lelaki-lelaki seksi yang mencernakan BURLESQUE
lakonan mantap CHER dan CHRISTINA yang nampak tidak dibuat-buat menceriakan BURLEQUE
dan part JACK berbogel semata-mata nak mendapatkan ALI memang satu yang cute dan menerujakan
pelakon-pelakon hebat yang mewarnai BURLESQUE juga membanggakan
lagu-lagu yang kebanyakkannya memang best dengan gerak tari yang juga mantap
-
+WORST+
malangnya CHRISTINA bukanlah cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan watak-watak wanita lain yang sememangnya lebih mantap dan seksi
dan ending yang macam tak dihabiskan dengan betol
-
+ULANG TENGOK?+
sudah pasti sebab BURLESQUE sudah pun berada dalam simpanan PAKWE
-
p/s: kan best kalu PAKWE jugak salah sorg dalam filem BURLESQUE nie..WUWU!!

No comments: