+RANGO+
gsc sunway carnival mall
-
+GENRE+
animasi/aksi/komedi
-
+TENTANG+
RANGO mengisahkan tentang seekor cicak yang suka berimaginasi tinggi
RANGO merupakan cicak peliharaan yang dalam perjalanan di dalam satu kereta ke satu arah
dan telah mengalami kemalangan dan terpelanting keluar dari tingkap kereta dan terjatuh di tengah-tengah jalan raya di kawasan gurun yang tiada penghujungnya
ketika ini RANGO telah berjumpa dengan seekor tenggiling yang baru lepas kena langgar
dan sebenarnya tenggiling itulah punca terpelantingnya RANGO ke tengah jalan itu
ketika itu kemarau teruk dan RANGO dahagakan air
namun mengikut kata tenggiling itu, dia perlu mencari DIRT
dan di dalam perjalanannya mencari DIRT, RANGO telah diserang oleh burung helang
dan menyorokkan dirinya di satu paip besar di mana esoknya dia telah disimbah air yang banyak keluar
dan ketika inilah RANGO bertemu dengan BEAN
dan BEAN mempunyai kelainan, BEAN boleh stuck seketika dalam sedar
dan BEAN telah menumpangkan RANGO ke DIRT, sebuah pekan ala pekan cowboy
dan kelainan RANGO membuatkan dia diperhatikan
dan di sebuah bar, RANGO telah mengaku bahawa dia telah membunuh 7 ekor binatang dengan hanya menggunakan 1 peluru
dan terus diangkat sebagai hero oleh warga bar tersebut
ketika ini RANGO dicabar bermain pistol dengan seekor biawak pasir
dan ketika ini jugaklah, burung helang telah kembali
dan mengejar RANGO sehingga terbunuhnya helang tersebut
dan ini telah disaksikan oleh seluruh warga DIRT dan mempercayai kehebatan RANGO
RANGO dibawa berjumpa DATUK BANDAR DIRT dan dijadikan sheriff DIRT
dan kini misi RANGO adalah menangkap pencuri air di pekan DIRT dan dalam masa yang sama memikirkan sebab kehilangan air
dan RANGO telah menuduh segalanya ada kaitan dengan DATUK BANDAR
dan DATUK BANDAR memanggil RATTLESNAKE JACK ke DIRT bagi menyusahkan RANGO
dan RANGO telah dimalukan dan keluar dari DIRT
ketika keluar dari DIRT, RANGO telah menemui dirinya dan nekad kembali ke DIRT dan membantu warga DIRT
-
+BEST+
watak-watak dalam RANGO yang cuba lari dari kebiasaan filem animasi, di mana watak tidak comel sebalinya buruk dan hodoh
jalan cerita yang sangat baik dan komedi yang menjadi
tidak membusankan PAKWE sebaliknya membawa PAKWE berfantasi bersama RANGO
-
+WORST+
mcm takde je sebab dah cukop rasa dah pown
-
+ULANG TENGOK?+
sekali je PAKWE dah paham
but kalu ada yang mahu PAKWE temankan
ajak lah
-
p/s: sisi kotor yang lazat
No comments:
Post a Comment