Thursday, March 3, 2011

SINI ADA HANTU - 14 FEBRUARI 2011

+SINI ADA HANTU+
gsc sunway carnival mall
alan darwis
-
+GENRE+
seram/drama
-
+TENTANG+
SINI ADA HANTU mengisahkan tentang dua rakan sekerja, BAKRI dan MENG yang bekerja sebagai penghantar barang di PASTI SAMPAI
dan telah mendapat tugasan menghantar keranda bermayat dari bos mereka, RAMA
BAKRI dan MENG mulanya tidak mahu menerima tugasan tersebut
tetapi akhirnya telah menerima tugasan ini apabila dijanjikan bayaran yang mahal dari bos mereka
dan mulalah perjalanan mereka bagi menghantar mayat tersebut kepada keluarganya
dan bagi menghilangkan rasa bosan dan takut mereka, BAKRI memulakan penceritaan kisah hantu
HANTU POKOK PISANG
mengisahkan ZAM yang bekerja di kedai makan
dan tidak mempunyai sebarang kawan atau kekasih
akibat kebersendirian ZAM, dia sering diperbodoh-bodohkan oleh budak-budak muda kampungnya
dan apabila ZAM pergi menghantar bubur kepada seorang bomoh yang sakit
ZAM telah mendengar cerita tentang HANTU POKOK PISANG
dan apabila pulang ke rumahnya, ZAM telah menyeru HANTU POKOK PISANG ke biliknya dengan mengikat kain merah dari pokok pisang ke biliknya
dan tepat tengah malam, seorang wanita cantik terus berada di katil ZAM
dan ZAM telah berhubungan intim dengan wanita tersebut
di masa ini ZAM telah mengajak FARID ke rumahnya bagi melihatkan sendiri kekasih barunya itu
FARID mempunyai hubungan dengan AINI
dan ZAM mempunyai hati terhadap AINI
dan menggunakan peluang ini bagi merosakkan hubungan FARID dan AINI
ketika ZAM mahu menunjukkan kecurangan FARID kepada AINI
ketika inilah terbongkar yang ZAM menggunakan HANTU POKOK PISANG
dan ZAM telah mati dek perbuatannya sendiri
dan apabila sudahnya cerita hantu dari BAKRI ini
MENG pula menceritakan pengalaman hantunya
HANTU NOMBOR EKOR
seorang cina ini mempunyai masalah dengan AH LONG
kerana tidak dapat melangsaikan hutangnya
dan telah mengetahui tentang pemujaan hantu yang boleh memberikan nombor ekor
dikuatkan lagi dengan cerita seorang kawan yang mengaku pakciknya telah menjadi kaya raya selepas mendapat nombor ekor dari hantu
mereka berempat pun pergilah ke kubur yang dirasakan sesuai dengan membawa barang-barang seperti yang diberitahu oleh pakcik itu
namun ada satu masalah
antara darah ayam atau darah anjing hitam
tetapi mereka telah membawa kedua-dua darah dan meneruskan ritual di kubur tersebut
namun seperti tiada apa yang berlaku maka mereka berempat pun pulang
tetapi sebenarnya perbuatan mereka telah menyebabkan hantu tersebut marah
dan mula memburu mereka
seorang demi seorang dibunuh
dengan alasan hantu tersebut di ketika hidupnya diperkosa oleh empat orang lelaki
dan menyangka keempat-empat mereka adalah lelaki-lelaki tersebut
dan si hantu juga marah apabila darah ayam dicampur dengan darah anjing hitam
dan akhirnya keempat-empat mereka mati
dan BAKRI memperlekehkan cerita hantu dari MENG yang katanya tak logik
dan meneruskan cerita hantunya
HANTU ASRAMA
YAAKUB seorang pelajar bermasalah dan dari keluarga ternama
telah dihantar ke sebuah sekolah berasrama bagi membentuk dirinya
dan apabila masuk ke bilik asramanya, YAAKUB hendak dibuli oleh seniornya, MAN AMIN dan JOHAN
namun YAAKUB lebih teruk dan membuli kembali rakan-rakan biliknya
dan YAAKUB telah mendengar tentang ada tempat yang tidak dibenarkan pelajar pergi lepak
dan YAAKUB tidak mempercayai cerita hantu tersebut
dan satu malam YAAKUB telah sakit perut dan mahu menggunakan tandas
telah mengajak rakan sebiliknya untuk menemaninya
dan ketika inilah YAAKUB telah sendiri berhadapan dengan HANTU JEPUN
dan apabila habis bercerita
BAKRI mahu membuang air kecil
dan meminta MENG menghentikan van
dan ketika ini datangnya sebuah lori laju disebelah MENG
dan apabila BAKRI sudah selesai membuang air kecik, MENG berada di tempat penumpang dan meminta BAKRI pula membawa van
dan van mereka telah rosak di tengah jalan tanah yang bersemak
dan ketika ini BAKRI teringat yang MENG mungkin telah mati akibat dilanggar lori laju tadi
namun lain yang terjadi
-
+BEST+
lakonan 2 watak utama yang mantap
dan penceritaan hantu yang sangat MALAYSIA
dan tidak membosankan
penceritaan tidak tergantung dan kualiti gambar terbaik untuk sebuah filem hantu
-
+WORST+
watak AINI yang direbut tapi tak semeletop FASHA SANDHA
-
+ULANG TENGOK?+
boleh je kalu ada lagi kat panggung n ada yang mahu PAKWE temankan
-
p/s: menakutkan dalam tidak menakutkan

No comments: