Tuesday, April 5, 2011

CUN! - 31 MAC 2011

+CUN!+
gsc sunway carnival mall
rano
-
+GENRE+
drama/komedi
-
+TENTANG+
CUN! mengisahkan tentang LUNA seorang pengacara gosip MELETOPS yang popular jatuh cinta dengan seorang hero kampung, ATAN setelah putus cinta
LUNA telah putus cinta ketika membuat kejutan kepada teman lelakinya, RYAN pelakon sensasi yang terkantoi bersekedudukan dengan seorang artis wanita lain di bilik hotelnya
dan akibat sakit hati, LUNA telah mengajak pembantu peribadinya, TOM balik ke kampung TOM di KAMPUNG MATA AYER, KEDAH
dan ketika mereka tiba di kampung TOM, kereta mahal LUNA telah tersangkut di sawah dan menyebabkan mereka perlu bermalam di situ
paginya, mereka bertemu ATAN dan MANIS yang merupakan saudara TOM
dan ketika ini mereka sedang sibuk mencari kerbau mereka yang hilang, KEMBANG
dan tinggallah LUNA di rumah tok TOM
keseronokkan tinggal di kampung membuatkan LUNA menambah masa tinggalnya di kampung
LUNA semakin rapat dengan ATAN dan perkara ini dicemburui BEDAH TONGGEK yang juga mahukan ATAN
dan telah membawa kepada pergaduhan antara BEDAH TONGGEK dan TOM di pasar malam
akibat perkara ini, ATAN memarahi MANIS sehingga membuatkan MANIS melarikan diri dari rumah
namun LUNA berjaya menemukan MANIS kembali
dan BEDAH TONGGEK telah memberitahu CANDY, producer MELETOPS di mana LUNA berada sekarang
di ketika ATAN telah melamar LUNA, muncullah geng MELETOPS bersama RYAN
yang mahukan LUNA kembali
perkara ini telah membuatkan ATAN menghalau LUNA dari kampung
namun, CANDY masih mahu memalukan ATAN dan keluarga dengan menjemput mereka ke siaran langsung MELETOPS di KUALA LUMPUR
PAKWE sangat-sangat suka filem nie
sebab sgt2 happy dan out loud
open giler plak tu
-
+BEST+
lakonan mantap pelakon2nyer
dengan bahasa KEDAH yang sgt masyuk
dan lakonan MANIS yang sgt sewel
dengan jalan cerita ringkas tapi heavy dengan gelak tawa
seleksi pelakon yang memang compliment each other
dan super mengghairahkan
-
+WORST+
takde lah apa sgt
cume sket2 plot yang agak lama diam dari lawak
-
+ULANG TENGOK?+
nak sgt kalu ada yang nak gelak sama PAKWE
-
p/s: thanx RANO

No comments: