Sweater adalah perlu di setiap wardrobe lelaki. Ia tidak bermusim dan versatil.
-
+SWEATER KASHMIR - PILIHAN UTAMA
Kapas sentiasa ada tempatnya. Kashmir adalah satu antara barang paling mewah yang boleh anda perolehi dari wardrobe anda. Bukan hanya ianya ultra lembut, ia juga boleh dipakai bila-bila masa sahaja. Untuk permulaan, milikilah sweater kashmir dengan warna natural seperti hitam, navy dan kelabu gelap. DAN INGATLAH, WANITA GEMAR MENYENTUHNYA!!
-
+SWEATER LEHER-V DAN LEHER-CREW
Ia sangat mudah dipakai bersama baju t dan jeans untuk gaya yang lebih kasual. Sweater yang sama juga boleh dipakai bersama slack dan baju kemeja kolar untuk ke ofis atau date. Ia adalah wajib di setiap wardrobe.
-
+KARDIGAN
Versi moden adalah dibuat dari kapas, merino wool dan kashmir. Ia boleh terdapat dari jenis nipis untuk dipakai dibawah jeket dan mempunyai 2 zip yang membolehkan anda membukanya dengan senang ketika duduk. Ia adalah idea terbaik untuk layering dan ada pelbagai cara untuk memakainya - di atas baju t, di atas kemeja berbutang, di bawah jeket sukan, bersama jeans, dan slack. CUBALAH JIKA ANDA BELUM PERNAH!!
-
+POLO
Boleh ditemui ketika musim panas. Sering dibuat dari kapas dan bertangan pendek. Ia adalah pasangan terbaik untuk khaki di ofis ketika kasual Jumaat.
-
+SWEATER TURTLENECK
Disimpan istimewa untuk musim sejuk. Dari merino wool ringan atau kashmir, ia kelihatan bergaya di bawah jeket sut dan cukup kasual dipakai bersama jeans. Ia kelihatan hebat bila fit kepada badan dan leher. JAUHINYA SEKIRANYA FIZIKAL ANDA TIDAK SEMPURNA!!
-
+BEBERAPA TIP UNTUK MENJAGA SWEATER ANDA
-Sweater perlu di dry cleaned sekali sekala
-Tetapi sweater wool dan kashmir boleh di cuci tangan menggunakan detergent yang lembut
-Dan terbaik adalah cuci tangan kerana sweater akan lebih lembut dari yang di dry cleaned
-
p/s: cuba lah!!
No comments:
Post a Comment