Wednesday, May 4, 2011

WATER FOR ELEPHANTS - 30 APRIL 2011

+WATER FOR ELEPHANTS+
gsc sunway carnival mall
eddie
-
+GENRE+
drama/romantik
-
+TENTANG+
WATER FOR ELEPHANTS mengisahkan tentang percintaan yang di luar jangkauan seorang lelaki muda, JACOB JANKOWSKI terhadap seorang isteri orang, MARLENA ROSENBLUTH
WATER FOR ELEPHANTS membuka sesi dengan satu temuduga kerja JACOB JANKOWSKI yang telah tua dan menceritakan tentang kisah silamnya
JACOB merupakan anak tunggal dan mengikuti pengajian vaterinar di sebuah universiti
namun 1 kemalangan telah terjadi melibatkan kedua ibu bapanya mati
kematian ibu bapanya tidak meninggalkan apa-apa buat JACOB
sebaliknya menyusahkan dia, dan JACOB membuat keputusan meninggalkan tempat tinggal dan segalanya tanpa menoleh ke belakang lagi
JACOB mahu ke bandar mencari pekerjaan, dan telah membuat keputusan menaiki keretapi yang lalu
dan dengan meniki keretapi ini secara haramnya, JACOB telah membuat satu sejarah baru dalam hidupnya
keretapi milik BENZINI CIRCUS BROTHERS, dan JACOB telah diberi peluang bekerja oleh CAMEL
dan tugas pertama untuk JACOB adalah membuang najis binatang
dan inilah kali pertama JACOB bekerja secara langsung dengan satu produksi sarkas
dan ketika inilah JACOB bersua mata dengan MARLENA ROSENBLUTH bersama kuda-kudanya
MARLENA merupakan tarikan utama persembahan sarkas ini dan merupakan isteri bos BENZINI CIRCUS BROTHERS, AUGUST
dan JACOB secara rasminya dibawa bertemu dengan AUGUST untuk meminta kerja
dan JACOB diarahkan supaya dibuang dari keretapi tetapi apabila JACOB bercakap tentang seekor kuda MARLENA yang sakit, AUGUST terus memberi tugas vaterinar kepada JACOB
AUGUST mahukan JACOB mengubati kuda tersebut bagi melancarkan persembahan sarkas mereka
keesokan harinya, JACOB memeriksa kaki kuda MARLENA, SILVER STAR dan mendapati SILVER STAR menghidap laminitis
dan sukar untuk diselamatkan dan telah membuat keputusan menembak SILVER STAR dengan pengetahuan MARLENA sendiri
dan perkara ini diketahui oleh AUGUST dan telah menghukum JACOB yang tidak mengikut cakapnya
apabila BENZINI CIRCUS BROTHERS sudah tidak mempunyai kuda untuk persembahan utamanya, AUGUST telah membeli gajah sebagai ganti SILVER STAR
gajah yang bernama ROSIE dan akan berpasangan dengan MARLENA
JACOB telah secara tidak langsung menjadi orang yang paling AUGUST sayangi dan tidak kisah apabila JACOB mengaku bahawasanya JACOB masih belajar dan bukan pemegang ijazah
namun AUGUST mahukan JACOB terus mengajar ROSIE dalam mempersiapkan bintang baru mereka itu
AUGUST tetap menjadi AUGUST, orang yang suka menggunakan kekerasan dan terlalu mementingkan diri sendiri, menggunakan kekerasan dalam mengajar ROSIE
dan akibat dikasari, ROSIE telah melarikan diri di persembahan pertamanya dan telah hampir menyebabkan MARLENA tercedera
akibat ini AUGUST telah mencederakan ROSIE dengan teruk dan ini telah membuatkan JACOB marah dan hampir mahu mencederakan AUGUST kembali
tujuan AUGUST mencederakan ROSIE adalah kerana terlalu sayangkan MARLENA
JACOB telah berjaya mengajar ROSIE dan ini membuatkan AUGUST bertambah sayangkan JACOB sehingga meraikannya di sebuah kelab malam
satu insiden diserbu polis, MARLENA dan JACOB telah berpecah dengan AUGUST
dan ketika ini MARLENA dan JACOB telah bercium
di situasi berlainan pula, CAMEL telah lumpuh separuh badan, pinggang ke bawah
memerlukan CAMEL disorok bagi mengelakkan dia dibuang dari keretapi oleh AUGUST
setelah MARLENA dan ROSIE menjadi bintang unggul sarkas mereka
AUGUST telah meraikan JACOB sekali lagi dengan secara rasminya di kalangan semua warga sarkasnya
dan ketika JACOB dibabtis, AUGUST telah nampak JACOB dicium oleh MARLENA dan tahu ada sesuatu berlaku antara mereka
ketika ini AUGUST telah mengasari MARLENA dan JACOB mempertahankan MARLENA dengan memukul AUGUST
apabila JACOB diburu untuk dibunuh, MARLENA mahu JACOB lompat dari keretapi dan pergi untuk kebaikkannya
namun JACOB mengajak MARLENA mengikutinya, dan lompat lah mereka berdua bersama
dan peluang ini membuatkan JACOB dan MARLENA bersatu
belum sempat mereka lari jauh, kuncu-kuncu AUGUST telah datang membawa MARLENA pergi dan memukul JACOB teruk
perkara ini membuatkan JACOB kembali ke keretapi bagi mendapatkan MARLENA
sekembalinya JACOB di keretapi, terbukti CAMEL dan WALTER telah tiada
khabarnya mereka tidak selamat ketika lompat dari keretapi malam sebelumnya
dan ketika persembahan sarkas dari BENZINI CIRCUS BROTHERS, satu kekacauan telah berlaku dan peluang ini digunakan oleh JACOB bagi melarikan MARLENA
dan di ketika ini lah ROSIE sendiri telah membunuh AUGUST yang ketika itu sedang cuba membunuh MARLENA
akibat dari kejadian ini, BENZINI CIRCUS BROTHERS telah muflis
JACOB kembali menghabiskan peperiksaannya dalam bidang veterinar
berkahwin dengan MARLENA dan bekerja dengan RINGLINGS CIRCUS
dan telah dikurniakan anak
namun ROSIE dan MARLENA telah dahulu meninggalkan JACOB
PAKWE tak rasa filem nie bosan
walau perjalan ceritanya agak mendatar
-
+BEST+
sinematografi yang cantik
lakonan mantap pelakon2nya
jalan cerita yang juga baik
*kalau anda suka TITANIC, WATER FOR ELEPHANTS mempunyai feel seperti TITANIC cuma menggunakan keretapi sebagai medium percintaan mereka
suasana klasik sarkas dibawa dengan baik
costume yang bagus dan sgt sarkas
seperti dibawa bersama di zaman itu
-
+WORST+
kekejaman terhadap binatang ditunjuk dengan jelas
*dan mungkin menjadi ikutan penonton2
keserasian hero dan heroin yang nampak tak kena
ROBERT PAT masih ROBERT PAT
-
+ULANG TENGOK?+
nak tapi nanti2 lah
-
p/s: nak jugak naik gajah