Monday, July 25, 2011

LADDALAND - 23 JUN 2011

+LADDALAND+
gsc sunway carnival mall
syahz
-
+GENRE+
seram/drama
-
+TENTANG+
LADDALAND mengisahkan tentang sebuah keluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah di penempatan baru di pinggir bandar yang dinamakan LADDALAND
THEE merupakan ayah yang telah berusaha membeli sebuah rumah untuk dia dan keluarganya menghabiskan masa mereka di LADDALAND itu
ini adalah kerana THEE merupakan orang biasa yang telah berkahwin dengan PARN, anak orang kaya
dan perkahwinan mereka tidak disukai ibu PARN sendiri
dan sebelum membeli rumah ini, PARN dan anak-anak, NAN dan NAT tinggal bersama ibu PARN
dan THEE menggunakan peluang membeli rumah ini untuk menambat hati anak-anaknya kembali
namun THEE mengalami masalah dengan anak perempuannya, NAN
NAN tidak sukakan ayahnya dan sering mencari masalah bagi mencari peluang kembali tinggal bersama neneknya
namun tidak lama kemudian, satu kematian telah berlaku di kawasan LADDALAND ini
seorang pembantu rumah telah ditemui mati di dalam peti ais
dan dipercayai dibunuh oleh tuan rumahnya sendiri
dan semenjak itu, hantunya sering kelihatan menghantui kawasan LADDALAND
NAN sendiri telah pergi ke rumah tersebut bersama kawan-kawannya bagi melihat hantu tersebut
dan NAN sendiri telah menemui hantu tersebut dan memberitahu bapanya
tetapi THEE tidak percaya dan menyebabkan NAN keluar dari rumah dan tinggal bersama kawannya
THEE juga telah mempunyai masalah dengan jirannya sendiri
jiran THEE suka memukul isterinya sendiri
sehingga satu hari, keseluruhan keluarga jirannya telah mati
mereka sekeluarga dibunuh kejam oleh bapanya sendiri dan bapanya membunuh diri akhirnya
dan kisah seram di LADDALAND akhirnya berada betul-betul di sebelah rumah THEE
ini menyebabkan PARN mahukan THEE bawa mereka sekeluarga berpindah keluar dari LADDALAND seperti orang lain
namun THEE masih berkeras dan tidak mahu berpindah keluar dari rumahnya itu
walau sering dihantui jirannya sendiri
sehingga satu hari THEE telah kehilangan kerja akibat ditipu syarikat yang dia bekerja
dan THEE menipu keluarganya dengan bekerja di sebuah kedai 24 jam
namun NAN telah secara tidak sengaja membeli barang di kedai kerjanya THEE
dan kedegilan THEE menyebabkan THEE hampir membunuh anak lelakinya sendiri
dan akibat itu THEE telah menembak dirinya sendiri
PAKWE suke sangat LADDALAND nie
walau citer agak klise namun tidak membosankan
-
+BEST+
opening yang sangat sweet dengan sesi makeover rumah yang memang segar
famili THEE yang nampak sama je n super kiut
lakonan mantap semua termasuk bebudak yang tak dapat kat MALAYSIA begitu
jalan cerita yang lebih kejam sebab gunakan tempat tinggal plak :p
hantu pown tak merapu sgt but lebih setia dengan hantu2 yang terlibat aja
-
+WORST+
degil bebenau si THEE yang membuatkan PAKWE mual
sampai tanak pindah jejugak walau dah takde saper kat LADDALAND
n kalu THEE tu dpt yg ensem lagi kan best HAHA
-
+ULANG TENGOK!?+
memang nak sgt layan lagik
but DVD MEGAT dok carik tak jumpe2
WUWU!!
-
p/s: akhirnya ada jugak yang berjaya SERAMkan PAKWE sket

No comments: