Thursday, August 11, 2011

KICK ASS - lappy

+KICK ASS+
2010
-
+GENRE+
komedi/aksi/thriller
-
+TENTANG+
KICK ASS mengisahkan tentang seorang budak lelaki, DAVE LIZEWSKI yang mahu menjadi superhero
DAVE sangat suka melayan porno seperti budak-budak lelaki yang lain
dan sering melancap setiap kali menonton porno, dan dia juga sering berimaginasikan perkara ini terhadap cikgunya, MRS ZANE
seperti budak-budak lain, DAVE juga menyukai seorang gadis, KATIE DEAUXMA
namun dia sering tidak dipedulikan kerana DAVE bukanlah lelaki yang popular di sekolah
DAVE hanya mempunyai ayah, yang mana ibunya telah mati ketika mereka sedang bersarapan pagi
dan DAVE sangat ingin menjadi superhero dan menjaga hak orang ramai
sehingga menyebabkannya membeli sepasang kostum superhero hijau
di lain tempat, MINDY sedang berlatih ditembak oleh ayahnya
DAVE telah menamakan dirinya KICK ASS dan pergi berlatih bagi menjadi superhero
dan telah bertembung dengan penjahat yang sedang mahu memecah masuk sebuah kereta
namun KICK ASS telah ditikam dan dia telah dimasukkan ke hospital
perkara ini telah diketahui semua dan KATIE telah mendekati DAVE kerana DAVE dikatakan gay oleh ramai orang
dan KATIE memang mahu mempunyai seorang kawan gay
akibat perkara ini, DAVE telah kembali sebagai KICK ASS 2.0
KICK ASS keluar kembali bagi membantu, dan kali ini KICK ASS mahu menyelamatkan seekor kucing
tetapi telah terlibat dengan satu pergaduhan
pergaduhan ini telah dirakam dan dimuat masuk ke laman YOUTUBE dan menjadi sangat popular sehingga media menyiarkan berita tentang KICK ASS, dan KICK ASS telah menjadi fenomena
KATIE juga ada menyuarakan masalahnya kepada DAVE, masalahnya dengan RASUL
dan DAVE telah pergi sebagai KICK ASS bagi memberi amaran kepada RASUL supaya tidak lagi mengganggu KATIE
tetapi pergelutan berdarah telah berlaku yang melibatkan HIT GIRL dan BIG DADDY
akibat mengetahui adanya superhero lain yang lebih hebat, KICK ASS hilang semangat dan mahu mengalah
namun BIG DADDY dan HIT GIRL telah datang ke rumah KICK ASS dan memberi amaran tentang banyak kesalahan yang superhero seperti mereka tidak lakukan
akibat kematian RASUL dan geng, BOS JAHAT mahukan KICK ASS mati
dahulunya, BIG DADDY merupakan seorang polis yang sangat rapat dengan seorang lagi polis, MARCUS
namun BOS JAHAT telah menganiaya BIG DADDY dengan meletakkan dadah di rumahnya
dan BIG DADDY telah ditangkap dan dipenjarakan
isteri BIG DADDY yang sedang mengandung sudah tidak tahan dengan dugaan dan ujian telah membunuh diri, namun MINDY telah terselamat
dan selama itu, MARCUS telah menjaga MINDY
dan apabila BIG DADDY keluar dari penjara, BIG DADDY telah mempersiapkan MINDY untuk membalas dendam atas kematian ibunya
di kekalutan ini, RED MIST muncul bagi mendapatkan KICK ASS untuk BOS JAHAT
namun RED MIST dapat tahu yang KICK ASS hanyalah budak biasa yang bukan superhero yang seperti diperkatakan
namun KICK ASS ada memberitahu adanya superhero lain selainnya
dan RED MIST menggunakan KICK ASS bagi mendapatkan superhero itu
KICK ASS dan BIG DADDY telah ditangkap orang jahat
dan wajah mereka hendak dipaparkan kepada seluruh dunia atas kesalahan menjadi superhero oleh orang-orang BOS JAHAT
tetapi HIT GIRL telah datang dan menyelamatkan mereka cuma BIG DADDY tidak sempat diselamatkan kerana telah mengalami kecederaan teruk akibat terbakar
bertindaklah hanya mereka berdua, HIT GIRL dan KICK ASS dalam membalas dendam dan menghapuskan kejahatan
-
+BEST+
aksi lawan yang memang daring dan takde cut dah
sesi berlawan yang tak pecah lobang
lakonan mantap MINDY yang sangat matang
juga lakonan watak-watak lain yang memang best
jalan cerita ringkas yang diberatkan dan memang garang
-
+WORST+
fakta yang mengatakan DAVE gay yang tidak kuat
-
+ULANG TENGOK!?+

juga banyak kali dah PAKWE layan
layan lah u ols...memang best
-
p/s: i wud wanna b a superhero also...CAN HA??

No comments: