Thursday, September 29, 2011

HOT FOR TEACHER - lappy

+HOT FOR TEACHER+
2006
-
+GENRE+
komedi/drama
-
+TENTANG+
HOT FOR TEACHER mengisahkan tentang seorang cikgu pelatih wanita yang cantik, JI-YOUNG UHM dan tiga orang pelajar lelakinya, TAE-YO, MYONG-SUB dan JAE-SEONG yang perlu dia bekerjasama namun telah difitnah
bermula dengan satu kes cikgu disiplin, SLANTED EYES yang telah mendakwa melihat cikgu JI-YOUNG mengadakan hubungan seks di sekolah dengan seorang dari tiga pelajar lelaki ini
namun kisah dimulakan dengan TAE-YO, pelajar bijak yang kacak yang juga merupakan ketua kelasnya, juga terkenal dengan gelara 5 minit, hero dan kaki perempuan
dan mereka perlu mempersiapkan diri untuk acara penting sekolah, dan 3 pelajar telah terpilih oleh guru kelas sendiri dan juga cikgu JI-YOUNG UHM juga perlu bekerjasama dalam sesi kali ini
kerana mengetahui sekolah asyik melakukan persembahan yang sama setiap tahun, cikgu JI-YOUNG UHM mencadangkan kali ini mereka melakukan persembahan muzikal
awalnya tidak dipersetujui, namun setelah didemonstrasikan oleh cikgu JI-YOUNG UHM, kedua-dua pelajar ini bersetuju
dan keteguhan cikgu JI-YOUNG UHM mempertahankan persembahannya telah membuatkan TAE-YO untuk mengikuti persembahan ini
dan dalam masa yang sama, TAE-YO cuba mendapatkan cikgu JI-YOUNG UHM
kemudian kisah diteruskan dengan JAE-SEONG, bendul yang merwajah tua, dan mempunyai kemaluan yang besar dan bermasalah dalam mengawal kemaluannya
atas satu kejadian yang bukan dia lakukan, JAE-SEONG telah digelar PERVERT oleh SLANTED EYES
wajah tuanya disebabkan oleh penyakit yang diamalinya ketika kecil, berwajah kembang dan telah menggunakan ubat sehingga mukanya kecut dan berkedut
akibat ini JAE-SEONG telah merasakan sangat berdosa dan telah berjumpa doktor dan paderi sekolahnya
JAE-SEONG sering berilusikan wanita seksi dan sering melancap
dan ini telah menjadi masalah kepada ibunya dan dirinya sendiri
sehingga dia dimalukan di satu sesi di sekolah
kerana sangat malu, JAE-SEONG telah mabuk dan mencederakan dirinya sendiri
cikgu JI-YOUNG UHM telah membawanya ke rumah cikgu dan menjaganya
kisah terakhir adalah berkaitan MYONG-SUB, pelajar yang poyo dan sangat menyintai cikgu JI-YOUNG UHM dan obses dengan seks
akibat telah sangat menyukai cikgu JI-YOUNG UHM, MYONG-SUB telah menghadiahkan cikgunya sehelai seluar dalam
sering menyatakan betapa dia menyintai cikgu JI-YOUNG UHM sehingga membuatkan cikgunya membuat syarat sekiranya dia mahu bercinta dengan cikgu JI-YOUNG UHM
syaratnya dalah untuk mendapat markah 90% ke atas di dalam ujian BAHASA PERANCIS
di lain sisi, SLANTED EYES juga sebenarnya sangat menyukai cikgu JI-YOUNG UHM
dan telah menerima nasihat dari dj radio cara dia untuk mendapatkan cikgu JI-YOUNG UHM
namun gagal, dan sebaliknya hal yang tidak sepatutnya telah berlaku
SILAUS FESTIVAL adalah festival yang mereka persiapkan diri untuk
MYONG-SUB telah mendapatkan air yang boleh membuatkan pasangannya mungkin mengadakan hubungan seks dengannya
dan ingin memberikan air tersebut kepada cikgu JI-YOUNG UHM namun tidak sempat
dan air ini telah diminum oleh cikgu AHN dan seorang cikgu pelatih wanita yang lain
dan merekalah sebenarnya yang melakukan hubungan seks di sekolah malam itu
namun berita ini telah tersebar pantas, dan seluruh sekolah melihatkan hukuman yang SLANTED EYES lakukan bagi mengetahui siapakah pelajar yang terlibat di antara mereka bertiga
PAKWE sumpah suke citer nie sebab sangat daring dan KEWL
-
+BEST+
susunan cerita kesemua watak utama yang terurus dan tidak bersepah
lakonan mantap pelakon-pelakonnya
watak yang berbeza-beza dan kelas
susunan plot yang banyak namun tidak menampakkan kegagalan kesepaduan lakonan pelakon
jalan cerita yang berat namun diringankan dengan komedi santai
watak cikgu seksi yang mcm tak lengkap tapi lengkap...MCM MANA TU!!??
-
+WORST+
yang handsome je kene jadi kaki perempuan
yang buruk je kene jadi bendul
-
+ULANG TENGOK!?+
dah sangat berkali-kali ulang tengok
dan PAKWE suggest korang sume tengok jugak
-
p/s: nak jugak menari mcm nie..HUHU!!

No comments: