Friday, September 9, 2011

ZOOKEEPER - 11 OGOS 2011

+ZOOKEEPER+
gsc sunway carnival mall
-
+GENRE+
komedi/fiksyen/drama
-
+TENTANG+
ZOOKEEPER mengisahkan tentang seorang penjaga zoo, GRIFFIN yang sangat setia kepada pekerjaannya dan zoonya, ZOO ENGLAND
GRIFFIN pernah melamar teman wanitanya tetapi gagal kerana teman wanitanya tidak mahu meneruskan hubungan lagi
dan selepas 5 tahun, GRIFFIN masih lagi seorang penjaga zoo
dan telah menganjurkan sebuah parti di zoo istimewa untuk meraikan pertunangan adik lelakinya
di ketika ini, bekas teman wanitanya, STEPHENIE juga ada datang sebagai kawan kepada tunang adik GRIFFIN
dan ini telah membuatkan GRIFFIN teringat kisah lama dan sesungguhnya GRIFFIN masih mencintai STEPHENIE
di pihak STEPHENIE juga sebenarnya masih merindu GRIFFIN, dan STEPHENIE ada bercakap dengan tunang adik GRIFFIN yang dia mungkin mahukan GRIFFIN kembali sekiranya GRIFFIN mahu bertukar kerja
dan perbualan ini didengari binatang di zoo tersebut
ketika tiada manusia di zoo, binatang-binatang telah mengadakan mesyuarat supaya GRIFFIN tidak bertukar kerja kerana GRIFFIN merupakan pekerja yang baik
dan cara terbaik adalah menjadikan GRIFFIN hero di mata STEPHENIE
namun usaha binatang-binatang ini tidak membuahkan apa-apa kerana GRIFFIN bukan semulajadi hero
dan di ketika binatang-binatang ini menyampah dengan perilaku bodoh GRIFFIN, JOE si singa telah bercakap dengan GRIFFIN
GRIFFIN terkejut namun telah berjaya menerima situasi ini dan belajar pelbagai perkara dengan binatang-binatang ini
perkara bagi mendapatkan STEPHENIE kembali
tetapi usaha GRIFFIN semacam sukar kerana seorang lagi bekas teman lelaki STEPHENIE kembali bagi mendapatkannya kembali
GRIFFIN telah menggunakan teman sekerjanya, KATE bagi membuatkan STEPHENIE cemburu
dan hasilnya berjaya
dan kembalilah STEPHENIE kepada GRIFFIN dan GRIFFIN telah bertukar kerja kerana STEPHENIE
namun GRIFFIN telah merasakan dirinya berubah dan bukan lagi dirinya, dan ini bukan yang dia mahukan
barulah GRIFFIN sedar STEPHENIE bukanlah yang dia mahukan sebaliknya KATE
GRIFFIN pergi mendapatkan KATE dengan bantuan binatang zoo
PAKWE boleh layan je lah muvie nie but tak suggest sgt
-
+BEST+
lakonan mantap KEVIN JAMES
dan awek kulit hitam yang memang cantik
scene bwk gorilla makan2 n hav fun kat TGIF memang kelas lah
-
+WORST+
ia tidak menerujakan sebab dah terlalu biasa kot
-
+ULANG TENGOK!?+
TIDAK SAMA SEKALI!!
-
p/s: naper sikit binatang yang bercakap erk?

No comments: