Monday, February 22, 2010

BILA KAMU DAH TANAK SI DIA LAGI

-
-
-
Apa yang kamu buat dalam hubungan ini? Betolkah hubungan kamu ada masa depan?? Atau kamu hanya rasa selamat dengan mempunyai temujanji kekal setiap Sabtu malam. Jika kamu keliru atau tak tau apa sebenarnya berlaku, ini antara tanda-tanda si dia bukan (dan tak mungkin) yang kamu mahukan.
-
BERJAUHAN TIDAK LAGI MASALAH
-
Bila kamu dalam cinta (dan nafsu) sebelum ini, berjauhan sesungguhnya menyusahkan. Tapi kini tidak lagi. Kamu tidak lagi melihat jam setiap hari, mengira setiap nanosaat sampai kamu berjumpa kembali. Bila kamu berjauhan hati kamu dah tak sakit sebab merindui si dia sampai kamu boleh mati.
-
KAMU TIPU PERASAAN
-
Bukan selalu – kekadang kamu bebetol rasa asli tentang si dia dan mengalami ketika yang hebat. Tapi kekadang kamu rasa seperti kamu sedang melihat diri kamu sendiri – sebab kamu dah tak berapa dengan hubungan ini seperti si dia. Penyelesaian? Kamu berlakon mahukan si dia. Sampai apa jua yang kamu buat berlebihan. Kamu juga menipu dengan ciuman kamu. Bukan lah sebab ciuman tu terok – ciuman tu bagus. Dan si dia memang bagos. Cuma kamu mahukan lebih dari bagos.
-
KAMU TIDAK DALAM MOOD
-
Ada ketika bila si dia sentuh kamu, dengan kejutan kamu rasa seperti mahu menolak si dia jauh. Bukanlah kamu berbangga dengan itu, Cuma itu berlaku. Sudah tiada BUNGA API ketika kamu berhubungan fizikal.
-
KAMU TAK BERAPA NAK SEBUT NAMA SI DIA
-
Kamu lebih rela berdiam, bila kamu sedang bercerita hal romantik bersama kawan2. tiada apa untuk kamu katakan.
-
SI DIA TAK BERTEMU KELUARGA KAMU
-
Walaupun si dia nak sgt berjumpa keluarga kamu, kamu yang mcm tanak. Kamu risaukan apa yang keluarga kamu akan katakan tentang si dia.
-
KAMU TIDAK MENJAWAB PANGGILAN SI DIA
-
Lagi lama kamu dengan si dia, lagi selalu kamu tak jawab panggilan si dia. Kalau kamu nampak je number si dia, selalu nya kamu tidak menjawab panggilan itu dan ambil masa berjam2 untuk kamu panggil si dia kembali. Dan kalau si dia call guna telefon rumah, kamu akan berlari2 macam orang gila semata2 nak nampakkan kamu tiada di rumah.
-
KAMU MENIPU
-
Si dia nak menhabiskan setiap malam dengan kamu, tetapi kamu seperti tidak mahu. Kamu akan menipu dengan mengatakan kamu ada kerja yang perlu disiapkan (tapi sebenarnya kamu sedang menonton televisyen) dan beritahu si dia supaya tidak datang sebab kamu ada migrain (padahal kamu sedang bergembira).
-
SI DIA BUAT KAMU BLUSH
-
Tapi bukan sebab yang benar – sebab yang membuatkan kamu rasa malu. Munkin si dia kadang2 terlalu bising atau takde adab. Hubungan yang sihat memerlukan kamu blush sebab kamu cukup HOWT utk si dia bukan sebab kamu nak kaki naik.
-
KAMU MELIHATKAN ORANG LAIN
-
Bukan hanya kamu melihat tapi kamu beraksi seperti seorang yang single setiap kali melihat mereka2 yang kamu taste di club/ party etc.
-
KAMU RASA BERSALAH DENGAN HADIAH SI DIA
-
Kamu bukan gembira dengan setiap hadiah yang kamu terima dari si dia, tetapi kamu rasa bersalah plak. Kamu rasa tak okay sebab si dia terlalu baik sedangkan kamu tidak begitu. Paling terok bila kamu fikir si dia nak beli cinta kamu.
-
KAMU MENCARI GADOH
-
Lewat 5 minit atau tak pakai elok untuk makan malam, kamu sedar kamu macam lembu sebab marahkan si dia. Apa yang sedang berlaku? Kamu sedang mencari alasan untuk si dia tidak sukakan kamu sebab kamu tahu si dia lebih mahukan kamu dari kamu mahukan si dia.
-
p/s: jaga DIRI SENDIRI kan dah cukop bagos
MWAHA!!
-
-
-

No comments: