Tuesday, March 16, 2010

LELAKI 2010 – letak muka terbaik anda dihadapan

10 CARA MUDAH KE ARAH RUTIN PENJAGAAN DIRI LEBIH BAIK DAN KULIT YANG LEBIH HALUS
-
Sebelum Cukuran Anda
-
Cukuran terbaik bukanlah hanya di bahagiarn cukuran itu sahaja – ia juga berkenaan menyiapkan muka anda. Cuba bercukur selepas (atau ketika) hot shower, kerana kelembapan akan memberi banyak pelinciran, dan anda akan mengalami kurang luka pada kulit. Secara alternatif, anda boleh menggunakan minyak cukur berkualiti tinggi untuk mendapat kesan yang sama.
-
Bercukur Sebegini
-
Gunalah krim yang licin, berwangian lembut, dan jenis moden. Sapuan akan menutup dan melembutkan bulu-bulu kecil di muka anda.
Sekarang cukur ke bawah, bermula dengan misai anda. Kemudian (hanya jika muka anda boleh tahan lah) cukur ke atas, arah berlawanan.
Pegang lah batang pisau cukur pada sembilan puluh darjah pada kulit dan cukur dengan panjang, (cukur pendek seperti memotong muka sendiri).
-
Berikan Rehat
-
Selepas anda sudah bercukur, basuhlah muka dengan air sejuk. Ini akan menenangkan kulit. Kemudian letakkan pelembap, balm nongreasy untuk menghentikan pembakaran pisau cukur. Anda mahukan sesuatu yang menghilangkan stress, dan bukan membakar muka anda.Yang terbaik gunalah dari unsur aloe dan chamomile.
Akhir sekali, ingat: Memberi kulit anda rehat sekali sekala ada faedahnya. Cuba biarkan saja jambang anda tumbuh sikit di hujung minggu. Anda pun bercuti dari kerja. Kenapa tidak bercuti dari bercukur juga?
-
Sapukan Pelindung Matahari
-
Tanyalah mana-mana ahli dermatologi: Yang paling penting sesiapa boleh buat untuk menjaga kulit dan menjauhi kedutan adalah memakai pelindung matahari. Kenakan pelindung matahari secara harian dan losyen dengan SPF 30 jika anda berada di luar untuk jangka masa yang lama.
-
Palit Balm
-
Balm bibir jenis wax biasanya menyediakan SPF tahap 4.
-
Minum Teh
-
Teh hijau mengandungi EGCG yang tinggi, antioksida kuat yang dipercayai mengekalkan minda anda tajam dan mengurangkan risiko serangan jantung. Jika itu bukan cukup untuk meminumnya, kajian ada mengatakan yang dengan meminumnya boleh mengelakkan kesan kerosakan kulit akibat matahari.
-
Hit The Spot
-
Ianya bukanlah jerawat yang menjadi masalah; kegagalan melakukan sesuatu berkenaannya adalah masalah besar. Terimala bahawa jerawat juga terjadi buat yang dewasa, dan gunalah losyen yang mengandungi asid salicylic.
-
Exfoliate Sekali Seminggu
-
Bersihkan muka anda dan kemudian dengan lembut kerjakan sedikit produk ke kulit anda, dengan menggosok dalam bulatan kecil selama satu ke dua minit. Cuci sehingga bersih. Dan selalulah guna pelembap setelah anda sudah mencuci, kerana exfoliate boleh menyebabkan kulit anda lebih kering dari biasa.
-
Bersihkan Bulu Kening…
-
Lelaki yang tidak mempunyai unibrow tetap memerlukan penjagaan. Dan anda boleh mencubanya di rumah. Lakukanlah sekali seminggu.
Periksalah : Beruslah bulu kening anda mengikut arah menggunakan berus gigi (simpanlah satu khas untuk proses ini). Dengan menggunakan gunting, trimlah mana-mana bulu yang lebih panjang dari yang lain – jangan mencabutnya keluar kerana nanti anda akan mendapat runag kosong yang besar.
Haluskan Mereka: Sekiranya bulu kening anda kelihatan macam belukar, anda bolehlah menipiskannya dari bawah – berhati-hati. Dengan menggunakan tweezer, mulakan dari sudut dan gerak secara horizontal, menarik bulu-bulu yang rapat di arah pertumbuhan mereka sehingga anda siap satu baris. Mulakan dengan satu baris dan semak diri anda di cermin sebelum buat yang keduanya. Nota: Jangan sekali-kali merentap bulu dari atas bulu kening anda – ia akan membuatkan kesilapan lebih jelas nampak.
Bersihkan Laluan: Sekiranya anda menderita dari aksi unibrow, cabutlah bulu-bulu di tengah ruang antara bulu kening sehingga ruang itu sebesar jari telunjuk anda.
-
…Telinga dan (ya) Hidung
-
Bila anda di umur dua puluhan, berurusan dengan telinga dan bulu hidung adalah mudah: Sekiranya anda mempunyai bulu lebih, gunting atau cabutnya sahaja. Tapi apabila anda sudah menjangkau usia tiga puluhan, anda perlukan alat-alat berikut untuk mengemaskan diri anda.
Trimmer Elektrikgunakan trimmer ini pada hidung dan telinga sahaja, pencabut hanya di kening.
PencabutSepatutnya digunakan secara utama di kening, tapi masih boleh digunakan di hidung dan telinga.
Gunting Selepas menggunakan trimmer, kemaskan dengan menggunakan gunting halus.
-
p/s: kan bagus kalu LELAKI nampak kemas n menjaga apa yang mereka ada
MWAHA!!

2 comments:

B L O G D E T said...

good info!thanks pakwe! ;D

p.a.k.w.e. said...

no problemo DEX
sharing kan caring