Thursday, May 5, 2011

THE ROOMMATE - 01 MEI 2011

+THE ROOMMATE+
gsc sunway carnival mall
eddie
-
+GENRE+
thriller/drama/aksi
-
+TENTANG+
THE ROOMMATE mengisahkan tentang seorang pelajar wanita, SARA MATHEWS yang dikawal dan terganggu dek teman sebiliknya sendiri, REBECCA
SARA MATHEWS telah pulang satu malam dari bersosial di klub dan mendapati dirinya mendapat teman bilik baru, REBECCA
dan ketika di klub, SARA telah bertemu dengan STEPHAN
SARA MATHEWS merupakan pelajar fesyen yang disayangi ramai kerana gaya dan kecantikkannya
ini sedikit sebanyak membuatkan REBECCA cemburu dan mahukan SARA hanya untuk dirinya
bermula dengan mengugut TRACY di bilik mandi
dan ketika SARA bersama STEPHAN, REBECCA telah berlakon sebagai SARA dan menjawab panggilan dari bekas teman lelaki SARA, JASON dan telah melakukan PHONESEX
SARA tidak mempunyai sesiapa kerana telah kematian kakaknya yang sangat disayanginya
dan hanya mempunyai makcik, IRENE yang tinggal berhampiran dengannya
IRENE merupakan seorang pereka fesyen yang terkenal
dan telah mengajak SARA untuk tinggal dirumahnya kerana dia sendiri jarang berada di rumah dan SARA boleh memelihara kucing yang SARA jumpa di kolej
kucing itu, CUDDLES telah dibunuh oleh REBECCA bagi menghalang pemindahan SARA dari kolej
dan apabila SARA cuba dicabul oleh profesornya, REBECCA telah menggoda profesor tesebut dan merakam kejadian itu dan melapornya kepada pihak tertinggi universiti
SARA telah merasakan sesuatu tidak kena dengan teman sebiliknya akibat banyak perkara-perkara pelik telah berlaku sejak kehadiran REBECCA
dan keinginan REBECCA untuk SARA bercuti bersamanya di rumah REBECCA telah membuatkan REBECCA mencederakan dirinya sendiri
dan ketika berada di rumah REBECCA, SARA telah secara tidak sengaja mengetahui yang REBECCA mempunyai penyakit
perkara ini menjadi sahih apabila SARA menyelongkar barangan REBECCA dan menjumpai ubat yang digunakan oleh pesakit psiko
akibat dari perkara ini, SARA telah yakin mahu keluar dari bilik dan tinggal bersama STEPHAN
di lain situasi, REBECCA telah menggoda IRENE yang merupakan seorang lesbian di sebuah club
dan REBECCA juga telah membunuh bekas teman lelaki SARA, JASON di bilik hotel JASON sendiri
ketika REBECCA mahu membunuh IRENE, ketika inilah SARA telah datang dan pertelingkahan telah berlaku antara SARA dan REBECCA
dan kesudahan pertelingkahan ini...
PAKWE rasa pegi lah tgk sendiri
PAKWE suke je citer nie
-
+BEST+
pelakon2 yang bagos dan nampak lah mcm student
ada plak CAM GIGANDET kan
jalan cerita yang simple tapi penuh suspen
REBECCA yang nampak suci tapi antagonis
jalan cerita yang tidak membosankan
ada CUDDLES yang comel
-
+WORST+
ada part sadis yang boleh buat org ikot
mcm sesi mencederakan diri
n sesi mencederakan org lain etc tu
coz ditunjuk caranya
CAM GIGANDET tak nampak hot like always
-
+ULANG TENGOK?+
tak payah lah banyak kali tengok...dah paham dah
-
p/s: so berhati2 lah selaloo

2 comments:

bulat said...

kena beli cd laa.. sbb kat kedah tak dak tayangan cita tuh :)

p.a.k.w.e. said...

yeke?
donlod je lah