Tuesday, September 20, 2011

HANTU BONCENG - 03 SEPTEMBER 2011

+HANTU BONCENG+
gsc sunway carnival mall
-
+GENRE+
seram/komedi/drama
-
+TENTANG+
HANTU BONCENG mengisahkan tentang seorang pemuda, AMRAN yang dihantui hantu seorang perempuan, MAYA yang diboncengnya
AMRAN telah memenangi satu perlumbaan haram dan telah diberikan seorang perempuan kampung, MAYA sebagai hadiah
tetapi belum sempat ke mana-mana, AMRAN dan MAYA telah mengalami kemalangan dan MAYA telah meninggal dunia di tempat kejadian dan motor AMRAN rosak teruk
AMRAN walaupun seorang kaki perempuan, tetapi telah mempunyai teman wanita, HALIMATON seorang jururawat di hospital yang sering AMRAN ditempatkan
dan AMRAN juga mempunyai seorang kawan lelaki yang rapat, KUNYIT
sejak mengalami kemalangan tersebut, AMRAN telah dihantui oleh hantu MAYA
AMRAN adalah pekerja delivery di YELLOW CAB
walaupun AMRAN sering mengalami kemalangan, dia tetap sering berlumba
namun kini perlumpaan AMRAN juga diganggu oleh MAYA
akibat sering diganggu hantu MAYA, AMRAN rasa dia perlu mengkaji tujuan MAYA mengganggunya dengan bantuan KUNYIT
tetapi mereka berdua sangat penakut, dan sumber lain mereka adalah menggunakan bomoh
namun masih tidak berjaya kerana MAYA mahukan dia disempurnakan
AMRAN telah kembali kepada agamanya setelah terlintas kepada satu ceramah oleh PROF. IZZI
maka berjumpalah mereka dengan ustaz
AMRAN dan KUNYIT telah sedikit berubah menjadi semakin baik
dan AMRAN telah kembali berbaik dengan HALIMATON
dan KUNYIT telah menemui cintanya iaitu adik ustaz itu sendiri
AMRAN telah berjumpa dengan keluarga MAYA bagi menyempurnakan mayat MAYA
dan telah bertemu adik kembar MAYA, AYU
bagi menebus kesalahan AMRAN, AMRAN telah mengajak AYU datang ke KUALA LUMPUR bekerja
AYU juga telah tinggal bersama AMRAN, dan hubungan mereka semakin lama semakin intim
sehingga AMRAN telah secara rahsia menjadikan AYU kekasihnya
semuanya terbongkar apabila HALIMATON sendiri telah menyaksikan AYU membuat nasi kangkang untuk AMRAN di rumah AMRAN
maka HALIMATON, KUNYIT dan teman wanita KUNYIT perlu menyelamatkan AMRAN
dalam penyiasatan mereka, terbuktilah AYU telah mempergunakan kakaknya, MAYA dan juga betapa jahatnya AYU
akhirnya AMRAN berjaya diselamatkan
PAKWE rasa muvie nie biasa2 aja
-
+BEST+
bahasa mat rempit yang super daring dan tak cut2 dah oleh mereka
ada sesi promotion oleh MODENAS
EVANS yang sesuai jadi hantu
ZIZAN yang memang sewel
dan watak KUNYIT yang memang support habis ZIZAN
watak JUE yang nampak lain but sweet
-
+WORST+
sesi kealiman dalam kerempitan yang nampak lah seperti menghina2 ISLAM tu ada lah sket
lagu ZIZAN nyanyi ngan JUE tak sedap
half je citer hantu, half lagi drama minggu ini
mengajar orang buat nasi kangkang
citer nyer biasa2 aja
-
+ULANG TENGOK!?+
TIDAK SAMA SEKALI
-
p/s: amboih mat2 rempit & awek2 memasing...tolonglah pakai sikit perfume...MASAM LAH KORANG

No comments: