Tuesday, September 27, 2011

THE SMURF - 01 SEPTEMBER 2011

+THE SMURF+
gsc sunway carnival mall
-
+GENRE+
animasi+real/fiksyen/drama/komedi/aksi
-
+TENTANG+
THE SMURF mengisahkan tentang sekumpulan makhluk yang dikenali sebagai SMURF yang telah mengalami masalah dan telah datang ke dunia manusia
SMURF merupakan sekumpulan makhluk biru yang sentiasa hidup gembira di SMURF VILLAGE
dan ketika ini mereka sedang sibuk menyiapkan diri dan segalanya bagi menyambut BLUE MOON FESTIVAL
namun SMURF mempunyai musuh iaitu GARGAMEL dan kucingnya, AZRAEL
dikelompok SMURF ini, PAPA adalah yang menjaga dan mengetuai segalanya di SMURF VILLAGE
dan di satu penilikannya, PAPA telah melihat yang SMURF akan mengalami masalah disebabkan oleh CLUMSY
tak lama kemusian, SMURF VILLAGE telah diserang GARGAMEL dan AZRAEL akibat kelalaian CLUMSY sendiri
bertempiaranlah lari semua SMURF menyelamatkan diri tetapi CLUMSY yang mahu menunjuk hero telah tersalah jalan dan mengheret 5 lagi SMURF, PAPA, BRAINY, SMURFETTE, GUTSY dan GROUNCHY bersamanya
dan mereka telah ke air terjun larangan dan bagi mengelakkan diri dari ditangkap GARGAMEL mereka telah memasuki portal di air terjun tersebut yang telah membawa mereka ke dunia manusia
GARGAMEL dan AZRAEL juga telah bersama-sama memasuki dunia manusia menerusi portal yang sama bagi mendapatkan SMURF
di dunia manusia, CLUMSY telah terjatuh ke dalam sebuah kotak milik PATRICK WINSLOW, seorang pekerja di ANJELOU
dan kini selain melarikan diri dari GARGAMEL dan AZRAEL, SMURF-SMURF lain perlu menyelamatkan CLUMSY dan kembali ke SMURF VILLAGE
PATRICK mempunyai seorang isteri, GRACE yang sedang mengandung anak sulung mereka
dan diketika pulang ke rumah inilah sepasang suami isteri ini telah berhadapan dengan SMURF-SMURF ini
GRACE menyukai kesemua SMURF tersebut cuma PATRICK yang tidak
namun atas desakan GRACE, PATRICK membenarkan SMURF-SMURF tersebut tinggal sementara di rumahnya
di pihak GARGAMEL, AZRAEL telah berjaya mendapatkan sedikit rambut SMURFETTE dan ini telah digunakan oleh GARGAMEL bagi mencipta posyen yang berkuasa
namun kuasa tersebut telah digunakan di hadapan mata bos PATRICK, ODILE
dan ODILE telah memohon GARGAMEL untuk memberikannya rahsia tersebut dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan rahsia tersebut
RAHSIA KEMBALI MUDA
dan di pihak SMURF pula, PAPA perlu mendapatkan buku jampi bagi membuka kembali laluan ketika bulan biru
di ketika ini PAPA telah ditangkap GARGAMEL
dan GARGAMEL telah menggunakan PAPA untuk menyiapkan posyennya lagi
tanpa PAPA, BRAINY perlu membuka portal dan mereka masih perlu menyelamatkan PAPA
dengan bantuan PATRICK dan kesemua SMURF dari SMURF VILLAGE, PAPA telah diselamatkan dan GARGAMEL telah ditewaskan
dan PATRICK tidak dilucutkan jawatan atas iklan BULAN BIRU yang dibuatnya kerana di malam tersebut bulan benar-benar menjadi biru
dan akhirnya CLUMSY telah menjadi hero
PAKWE SUMPAH SUKE CITER NIE
-
+BEST+
SMURF yang tidak over do it *masih mcm menten SMURF zaman2 PAKWE dulu
laguan SMURF LA LA LA LA LA LA tu yang sgt penuh memori
*siap hummin LA LA LA LA LA LA gitew mereka
baru PAKWE tau SMURFETTE adalah ciptaan GARGAMEL *xpernah tau
sangat banyak scene2 comel dan menyeyumkan PAKWE
pelakon lelaki yang hot jugak lah
SUAR MERAH PAPA yang PAKWE nak jugak
suara macho PAPA gitew sgt
kesinambungan ANIMASI n REALITI yang tak pecah lobang
-
+WORST+
GARGAMEL mcm mude je....tuakan lagi kan baik punyer
AZRAEL yang terlalu over do sampai kekadang nampak robot
majorly jalan cerita adalah copy paste dr banyak cerita2 sebegini
tak suke scene main gitar...SGT TAK SUKE!!
-
+ULANG TENGOK!?+
akan PAKWE donlod n save dlm external PAKWE selamanya
-
p/s: terusik memori zaman kekanak PAKWE

2 comments:

H A N said...

xtaw pulak smurf ni dah ada dulu2 ke?

p.a.k.w.e. said...

zaman PAKWE memuda lah SMURF nie HANIH oi....
but cartoon lah